05 October 2009

TAGGING..TAG..

Copied From Eiman...

1. apa perasaan sekarang
* very..very..and very da haPpy coz dah nak konvo!!

2. saya nak makan
* nasi dagang..hmm..berkurun dah tak pekena nasi dagang

3. saya x suka
* orang mengada-ngada+gediks+perasan+jahat+mulut laser+hati busuk+sombong

4. impian saya
* den nak jadi orang kayo-kayo

5. haiwan yg saya tidak suka
* macam-macam ado

6. saya harapkan
* impian jadi kenyataan

7. jika boleh diputarkan masa
* saya nak jadi baby balik..haha

8. saya pada 10 thn akan datang
* soalan panas..mybe dah ada keje, and mybe dah kawen..kwang3 =)

9. hp saya adalah
* biasa2 aje..telepon yang ada flash tapi takleh amik gambo

10. saya pernah bercinta sebanyak
* N.E.V.E.R.N.E.V.E.R.N.E.V.E.R

11. saya suka pada
* benda yang kreatif

12. kawan2 saya
* bila korang nak kawen..hihi

13. pernah dikhianati
* entahla..tak perasanla pulak penah kena ke tak

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
* lantak diala..that not my business

HEPI!!HEPI!!


Sekian lama menyepi and sekarang saya datang lagi..hehe..macam iklan chipsmore jekan. Kejap ada, kejap takde. Tapi sekarang bukan nak cakap banyak-banyak just nak sharing berita gumbira ngan bloggers semua yang saya dah nak konvo on 26th October 2009..yuhooooo...akhirNyakan. Berbaloi jugak usaha saya selama ni walaupun agak kelambatan sikit tapi janji study tetap habis..

ok...see you there!!
bye:)

20 June 2009

SELAMAT HARI BAPA..ayahku


abah..dadDy..papa..abi..ayah..
satu ayat yang berbeza tapi tersirat satu definisi yang sama..
semua dari kita bermula dari seorang lelaki bergelar ayah..
tanpanya, dunia takkan dapat kita fahami ertinya.

Seperti yang lain, aku juga mempunyai seorang ayah yang amat ku kasihi. Seorang ayah yang pernah hidup bersama dalam sebuah keluarga, riang bersama dan sedih bersama. Tapi keriangan itu hanyalah sementara sahaja kerana diragut satu dugaan yang begitu besar dalam hidupku. Dugaan yang tidak pernah kujangka atau ku impikan hilang dalam sekelip mata. Masih ku ingat ketika itu kami baru sahaja berpindah ke Kelantan, kampung halaman ibu dan ayahku. Di awal perpindahan kami, semuanya begitu indah. Dapat berjumpa datuk dan nenekku, sepupuku dan yang paling penting aku dapat berjumpa dengan kawan baru kerana aku telah bertukar di sekolah baru yang terletak bersebelahan rumahku. Ayahku pula telah mengambil keputusan untuk membuka sebuah kedai makan. Setelah beberapa bulan, satu kejadian yang tidak aku duga menimpaku. Semuanya tanpa dirancang. Ibu dan bapaku mengambil satu keputusan yang bakal merubah kehidupan kami sekeluarga dan pastinya perjalanan masa depanku.

.....PERPISAHAN.....

Satu ayat yang benar-benar menguji ketabahanku dan terlalu sukar untuk diungkapkan. Di awal perpisahan mereka aku sering tertanya-tanya kenapa semua ini harus terjadi?? Kamus hatiku mencari suratan segalanya namun sukar untuk diungkapkan. Ku terus mencari makna kehidupan yang harus ku tempuhi ini..kenapa kami..kenapa bukan orang lain. Tapi kini baru ku fahami segalanya. Inilah ujian, ujian kehidupan yang Allah berikan kepada kami, ujian yang menguji tahap keimanan, ketabahan dan kesabaran kami dalam bermusafir di buminya. Kini kami semua sudah terlalu mengerti akan kehidupan ini.

Aku masih ingat sewaktu kami masih bersama di rumah lama kami di Selangor. Walaupun rumah kami tidaklah sebesar mana tapi kami dapat hidup dengan harmoni. Aku masih ingat ayahku sering membelikan kami sekeluarga ABC selepas kepulangannya dari tempat kerja. Ketika aku masih kecil, ayahku sering membawaku berjalan-jalan dan gambar kenangan itu masih ku tatap hingga ke hari ini. Seperti baru semalam aku bersamanya. Kadang-kala bila ku terlihat wajah M.Nasir yang mirip muka ayahku, aku tersenyum keseorangan kerana mereka mempunyai misai yang sama..tapi aku hanya mampu mengukir senyuman, menahan hiba di hati. Andai dapat ku undur waktu ingin sekali aku kembali ke masa lalu mengubah segalanya. Namun, itu semua hanyalah sebuah khayalan yang sudah pasti tidak dapat menjadi sebuah kenyataan.

Melihat sebuah keluarga yang yang begitu bahagia, hatiku tersentuh lagi. Alangkah indahya jika dapat bersama seorang lelaki yang digelar ayah. Ku hanya mampu melihat kerenah mereka sambil membayangkan ayahku berada di sisiku. Hatiku menangis hiba, fikiranku meniti jambatan kemesraan kami sewaktu dulu. Sungguh aku impikan keriangan yang telah hilang itu. Sepanjang kami pernah bersama, ayah tak pernah memukulku. Buktinya ialah ketika aku menyebabkan jam kesayangannya hilang tapi ayah hanya memarahiku walaupun dia menggertak akan memukulku sekiranya aku tidak ketemu jam yang aku hilangkan.

Tapi itu semua hanyalah sejarah nota kehidupan kami sekeluarga. Walaupun tidak tinggal bersama, kami masih berjumpa sekali-sekali. Riak mukanya begitu tenang tapi ku tahu jauh di sudut hatinya ingin sekali dia kembali bersama keluarga yang pernah disayanginya. Kembali bersama....ayat yang terlalu sukar untuk dijadikan kenyataan. Akhir kata, di saat nadi ayahku masih berdenyut ingin aku mengambil kesempatan ini untuk ku sampaikan ucapan SELAMAT HARI BAPA buat ayahku. Semoga hari-hari mendatang dalam hidupnya penuh kegembiraan bersama keluarga barunya dan semoga Allah merahmatimu selalu. Kepada mereka yang masih "bersama" seorang ayah, hargailah segalanya sebelum terlambat..

Sekian...

Dengan ingatan tulus ikhlas buat ayahku, WAN ZAINUDIN BIN WAN HASSAN...
daripada, anakmu..WAN MOHD AZIZUL BIN WAN ZAINUDIN

..KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA..

..KASIH BAPA SEPANJANG MASA..

17 June 2009

SAD vs GOOD

Akhirnya.....after long time...
hmmm..rindu betul kat blog aku ni..
so, meh baca cerita terbaru aku ni haa..

Aku dah menghabiskan study kat Uitm dengan begitu berjayanya sekali on 3rd May 2009...walaupun kelambatan sikit. Tapi takpe, janji habis jugak. Bila dah habis study, aku nak keje dulu. Tak macam orang lain sibuk nak sambung study, aku pulak sibuk nak cari keje. Yelah, rasa nak rehatkan otak dulu orang cakap..haha.. So, macam-macam kerjalah yang aku mintak tapi entah dapat ke tidak wallahualam. Sementara menunggu jawapan dapat kerja yang tak tahu tahun bila boleh dapat tu aku plan nak keje part time dulu. Tak nak membazir masala konon-kononnya. Dengan penuh bersemangat aku pun carila keje kat KB Mall, mane tahu ada. Alhamdulillah, ada kedai kat situ nak guna pekerja and aku terus dapat keje kat situ as a part time worker. Sukanya jangan main lagi. Tak suka apenye sebab before this aku tak pernah keje. Dek kerana suka dapat keje tu, aku sanggup beli baju baru tau tak!! (pekerja baru kena pakai baju putih dulu coz company akan bagi uniform)....satu KB aku pusing baru jumpa baju yang betul-betul berkenan. Selamat ada sale sekarang, bolehla aku beli baju tu coz kalau tak..hmmm..kempunanla jawabnya...

Bak kata pepatah melayu..ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan, ribut petir, puting beliung di tengah hari..keje yang diharap dapat kekal lama tak kesampaian. Aku keje sampai seminggu je. Yelah, hari-hari balik keje tension, mana tahannn. Sebab ketensionan tu, manager aku yang gila kuasa. Pangkat store manager je tapi berlagak macam kedai tu bapak dia yang punya (istilah paling sesuai untuk orang macam tu). Iyelah, dah nama pekerja baru mestilah banyak yang tak berapa faham and mistakes tu tak payah nak cakapla. Tapi manager aku tu jenis yang tak paham orang atau digelar manusia takde perasaan oleh staff kat situ. Ada ke patut dia nak suruh aku paham terus yang dia ajar, apa dia ingat aku ni komputer. Maka disitulah segala-galanya bermula. Salah sikit habis kena tembak..mula-mula tembak guna pistol air, then guna senapang, then guna mechine gun, then guna bom atom and last sekali guna bom nuklear and akibatnya dia jugak yang susah. Im quit!!! Biar dia rasa keje tak cukup staff macam mane.

Bab berhenti keje ni bukan aku je tapi dah ramai yang berhenti sebelum ni, atas alasan yang sama...tak tahan. Macam mana nak tahan, hari-hari kena marah. Kalau marah dalam bilik takpelah jugak tapi ni tak, depan customer pun dia marah. Satu mall boleh dengar. Time tu Tuhan je yang tahu apa aku rasa. Rasa macam nak je aku tampar guna keyboard komputer!! geram betul!! Semua nak kena ikut cakap dia, cakap orang ni semua tak betul, tak boleh pakai. Lepas tu dahla nak rehat kejap pun tak boleh. Kalau dia nampak duk relax je, terus kena laser..zass..zass.. Pastu, "saya tak nak pekerja saya lembab"..ceh.. Apa dia ingat pekerja dia ni robot ke nak suruh buat keje non-stop. Time takde customer lainla, tapi ni takde kerja pun kena buat ada kerja. Kata manager tu, "saya tak suka pekerja saya buang masa". Lagi satu, yang tak bestnya bila kena jadi cashier. Kejap-kejap kira duit, kejap-kejap kira duit. Bila duit tak cukup kena ganti guna duit sendiri. Kalau setakat 10 sen ke, 20 sen ke bolehla dibayar tapi kalau kena 20, 30 ringgit takke membazir duit sendiri namanya tu. Kita manalah nak tahu duit tu tak cukup.

Bukan setakat kitorang je yang dia suruh buat keje, security guard yang jaga pintu tu pun kena jugak. Takde otak ke ape, last2 dia jugak yang kena sound ngan bos guard tu. Bukan tu je, promoter kosmetik yang kat situ pun kena jugak. Tak tahu cerita tapi memandai nak sound orang and last-last dia jugak yang kena balik lagi. Yelah, dah bos promoter tu suruh dia mekup kat situ, suka hati diala. Orang jual kosmetik mestilah nampak cantik, barula orang nak beli. Tapikan aku rasa manager tu jelesla. Tak jeles apanya, orang cantik dari dia...hahaha.... Manager tu pun jenis susah nak puji staff sendiri, marah je hari-hari adala. Tapi aku pernah kena puji ngan dia.....katanya......."hmmm..saya suka tulisan macam ni. Kemas..."...huh???kalau setakat tulisan, staff lain pun cantik jugak. Pujila benda lain.

Tapi sekarang, aku dah tak payah nak mengadap muka dia or dengar ceramah dari dia lagi sebab aku dah dapat kerja baru yang lagi best dari kerja kat situ. Gaji pun ok..berbaloi-baloi..tapi hopefully kekal sampai akhir bulan and moga tak jumpa lagi manusia yang gila kuasa tu. Moga-moga hajat aku nak guna gaji kerja baru tu as budget raya kesampaian hendaknya..aminn..haha.. Akhir kalam (cam tulis surat pulak..hihi) semoga cerita ni menjadi iktibar dan tauladan kepada kita semua dalam menjalani hidup sebagai pekerja. Kepada anda-anda yang bergelar pekerja, selamat bekerja dengan jayanya. Kalau kena marah, sabar dan tabahkan hati..semoga berjaya....selamaaaaattttt:)

12 May 2009

LONG TIME AGO..

Assalamualaikum semua..
hohoho...................
setelah sekian lama saya tak mengupdate blog ni..
rasa rindu pulak..
tapi skrang ni dah tak boleh nak online everyday lagi dah because situation rite now dah lain...
dulu kat tempat praktikal blhla nak online sokmo tapi sekarang nak online kenala pegi cc..
tapi saya tak suka pegi cc sebab bising..
ni pun sebab terpaksa..
lagi satu kat cc ni penuh ngan bebudak yang main game..
main game tapi mulut tu pot..pet..pot..pet..
eeee..bingitla telinga ni..
bTw...my new post akan tiba tak lama lagi..
just wait and see ok..
for those yang ternanti2 my new post (cehhh..terperasan pulak) harap bersabar sikit ye...
InsyaAllah, mybe dalam sedikit masa lagi..
dalam kepala saya ni macam2 cerita ada...
so......SEE YOU SOON:)

15 April 2009

sick again:(

kali ni..
dah dua orang kawan saya masuk hospital..
sorang accident, sorang lagi asalnya demam campak tapi melarat sampai effect mata dia..
and this time nama kawan saya tu NIK LIYANA


dia kena masuk wad dah seminggu..
nak balik doktor tak bagi..
katanya tak tahan dah duk kat dalam wad..boring yang amat sangat..
lepas tu dia cakap cam jadi bahan eksperimen je..
cucuk situ..cucuk sini..masuk tu..masuk ni..
ubat pulak bukan kena telan 2,3 biji tapi 12 biji..adoiii..siannya..
ape pun..semoga dua orang kawan saya ni diberi kesembuhan oleh Allah hendaknya...........

13 April 2009

SEMOGA SELAMAT..

kelmarin..
sorang sahabat saya yang bernama
MOHD HANIF BIN AHMAD SOFIAN
telah mengalami kemalangan dan mendapat kecederaan yang agak serius..

tulang paha dia patah dua and akan dibedah harini untuk dimasukkan besi..

hopefully evertyhing will be ok..and saya doakan semoga dia cepat sembuh..
for incoming final, best of luck..gOod Luck from me:)

08 April 2009

MESTI TENGOK..

tadi..
saya search gambar kat google..saya search gamba 'jejak'
searching........................
then..keluarlah gamba macam-macam jenis gamba yang berkaitan dengan 'jejak' tu..
mulanya tengok gamba kat page no 1..then klik no 2..3..4..5 and klik3 sampailah saya tertengok satu gamba ni..
ehhh..ni gamba tapak kaki Nabi Muhammad s.a.w
saya pun klik gamba tu..
banyak gambar peninggalan nabi kat situ..
kalau anda rasa nak tengok jugak..klik link kat bawah..

07 April 2009

diTag lagi..

fLora tag saya lagi..
ok gak coz at least terupdate jugak blog ni...................


Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama tersebut?
>> LANGKAH MENITI JEJAK <<
sebabnya cerita dalam blog ni selalu terjadi dalam hidup saya..
masa berputar..masalah menimpa..penyelesaian akhirnya

Apakah nama link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://www.ilhamnurani87.blogspot.com
entahlah..time nak create link tu tetiba je dapat nama ni..sampai sekarang tak tahu kenapa..

Apakah "method" penulisan dalam blog anda?
methodnya..about anything happen everyday..especially, story about me:)

Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
ade pulak macam tu, tak pernah terpikir..saya sakit otak tau tak nak buat blog ni jadi cam gini. so, takkanlah nak delete kut

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
miss fLora's blog..
blog yang agak menarik..cerita dia pun bes gak..
selalu gak view blog ni..
sebab ade radio desa.fm
hehe.......

Senaraikan 5 orang yang anda akan TAG
(1) aiDanaDiah
(2) sesape
(3) anyoNe
(4) siapa-siapa
(5) sapa yang view blog ni, anda ditag!!!

05 April 2009

--kesuNtukan maSa--

harini dah masuk 6 aPriL.
so, that tinggal lagi 11 hari before praktikal aku habis..

tapi, report baru buat sikit je..
adoii..pening-pening..
especially time nak translet ayat bm-bi..
berputih mata hitamku nak membuatnya..
pastu nak cari bahan tambahan lagi..
hmmm..takpelah..
cuba dulu, tak tahu tanya..

01 April 2009

mission compLete!!

PANTAI SRI TUJOH RESORT - Kekurangan oksigen dan pam air yang tidak berfungsi adalah punca yang menyebabkan dua ekor ikan koi peliharaan resort ini telah mati semalam. Kejadian yang berlaku pada petang kelmarin walaubagaimanapun tidak dihebohkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di atas sebab-sebab keselamatan pekerja.

Menurut saksi yang melihat kejadian menyayat hati itu dan hanya mahu dikenali sebagai Azizul, sebelum menghembuskan nafas yang terakhir ikan-ikan tersebut dilihat timbul di permukaan air sambil tercungap-cungap menghirup oksigen. Beliau yang menyangkakan perkara sebegitu mungkin satu fenomena biasa buat tak tahu jelah sehingga seorang pekerja di situ memberitahu bahawa dua ekor ikan di dalam kolam telah mati. Menurut pekerja itu lagi, dia telah cuba untuk menyelamatkan ikan-ikan tersebut tetapi Tuhan lebih menyayanginya dan terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka. Berdasarkan pengamatan saksi, kematian ikan-ikan itu juga turut disebabkan oleh kualiti air yang sedikit tidak bersih selain makanan yang terlebih bagi.

Kejadian yang sama juga turut berulang pada hari ini dimana seekor ikan tersebut telah mati dan turut dilihat oleh saksi yang sama yang bertugas pada pagi ini. Atas dasar kemanusiaan dan untuk mengelakkan lebih banyak nyawa yang terkorban, beliau terus mencapai sauk yang berada di tepi kolam dan terus memindahkan ikan-ikan tersebut ke kolam yang satu lagi. Atas keprihatinan itulah ikan-ikan itu dapat diselamatkan seterusnya mengelakkan kerugian yang lebih besar dari berlaku. "Mujur saya sempat tengok, kalau tak dah lama ikan tu mati" menurutnya.

Kini ikan-ikan itu masih ditempatkan di kolam yang sama tetapi dalam keadaan air yang lebih bersih dan pam air yang berfungsi dengan sempurna. Walaubagaimanapun, menurut beliau lagi kejadian sebegini mungkin boleh berulang sekiranya semua pihak tidak berganding bahu memelihara alam sekitar.

Berita disunting oleh :
Wan Mohd Azizul Bin Wan Zainudin,
wartawan berita ape-ape aje..

31 March 2009

saja nak jawab..

TAG SATU :

tag ni cik najihah yang jemput saya buat..
time kacih ye cik najihah..
tapi saya answer tag nombor satu and dua je coz yang dua lagi tu dah penah buat..

1. Post 1 gambar yg penah anda drive?

2. Berapa kelajuan yg pernah anda pandu?
entahla..tak penah pulak nengok basikal ada meter laju

3. Kenapa bawak laju2?
sebab dah terlambat pegi sekolah

4. Pernah kena saman?
penah..ngan pengawas sekolah sebab lambat, tapi kalau polis tu tak penah lagila (buang karan ape polis tu nak saman orang naik basikal)

TAG DUA :
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged..


hmm..bila tengok gamba ni teringat pulak kat kawan-kawan..sorang dah kawin, tinggal lagi empat (not including me..anam, intan, kak za, yati) gamba ni diambil pada 27 Disember 2008 sempena hari kak umi kawin bersama pasangannya yang saya dah tak ingat namanya. Hopefully till the last breath ye kak umi..

~~sekian~~

sesape nak jawab tag ni silalah jawab..jangan malu segan ye:)

29 March 2009

SAJAK KELETIHAN

hari ini..
ramai betul orang nak check in resort
tak menang tangan nak melayan
bermain dengan ragam manusia yang macam-macam
peramah
cerewet
ngada-ngada
perasan
maka tarik-menarik mulut mula menjelma
mata juling mula menerpa
hari ini..
mereka tahu bilik lambat sikit siap..kerana..
tangan kami dua..bukan 10
kami manusia..bukan robot..
bila dah dipush..dipaksa..dilaser2..
angin sepoi-sepoi bahasa mula bertiup
naluri untuk memfire..zaSsS..zaSsS..mula meletus
tapi kesabaran masih utuh
demi menjaga hati manusia bernama pelanggan
hari ini..
atas dasar kemanusiaan
ku turut gagahkan diri menjadi pengemas bilik
sekejap ku disitu
sekejap ku disini
ada masa ku berlari
ada ketika ku berjalan
sambil dibakar bahang mentari
kulihat kulitku
hangus sikit
tapi demi menjaga kepuasan hati pelanggan
ku lantakkan juga
akhirnya..siap!!!
hari ini..
ku rasa diriku letih sikit
kepitaman..kepeningan mula bersarang
tapi..
takpe..biarkan..
walau keletihan mencengkam diri

26 March 2009

KAWAN SAYA : EPISOD ENAM

as requested yesterday..


NURHAPIZAH BINTI MOHAMMED AZIZ
a.k.a pijah, p-just, jacarandaLuva, mybeshpRen, my sepupu


pijah, supo yang kamoo mintak..story about kamooo..ni stail msj dia..
Bismillahirrahmanirrahim..first of all, jom tengok rupa dia dulu macam mane..jangan marah ye pijas sayang:p


......
....

hahaa..mintak-mintak pijah tak marah saya coz gamba ni saya curi dari friendster dia..amacam, rasa-rasa pijah ni orangnya macam manekan..walaupun gamba dia ni nampak sedikit kesewelan, tapi dia pun orang maLaysia, ore kelate ambo ni..

Bercerita tentang pijah ni, kami start kenal time part 1 dulu. Masa tu ada Dialog Bersama Pengarah Kampus (malam tu jugak pengarah announce yang elaun praktikal dimansuhkan..) Masa tu saya ngan anam, pijah ni pulak duk ngan geng2 dia. Sedang duk bersembang dia tanya saya duk katne and saya jawablah kat bla..bla..bla.. and dengan excitednya dia bertanya kepada saya..

..dah kalau duk kat situ, kenal amar??
..amar..hmm..kenal..anak kak zah tu kan??
..yup..sepupu ore tu..
..ooo..yeke..dia tu saim kakak ore..
..oooooo...

then, bermulalah kisah persahabatan kami tapi masa tu kami tak sekelas lagi. Masuk part 2 dia sekelas ngan saya. Tapi nak tahu tak, time part 1 tu pijah ada admire kat someone tau tapi kerana ketidakadaan jodoh, pijah redha. Putera yang diidamkan bukan jodohnya, tapi en.haikal adalah putera idamannya..hwa..hwa.hwa..macam kisah dongeng pulak..Pijah ni jugak ada sebuah motor cap nyamuk yang berwarna kuning. Sila rujuk gambar di bawah..

..to be continued..
..nak balik dulu, dah lambat..
..nanti sambung balik..
..kalu pijah baca, ingat hari sabtu ni kita hang out kat KB Mall!!

continue..29/3/2009
hohoho..im back!!

kita stop kat motor cap nyamukkan..hmm..motor yang bawa banyak bawa kenangan pahit manis kat pijah. Antaranya ialah tragedi dia jatuh motor hingga menyebabkan giginya cedera parah(tidak saya nyatakan cedera macam mana untuk keselamatan para pembaca)..lagi..kenangan dia bersama supianti(hahaha..)..kenangan pergi makan KFC sesama..and y ni kenangan paling manis, kenangan dia naik motor bersama sahabat baiknya yang juga merangkap nenek angkat saya yang bernama fidin. Kalau nak tahu fidin ni sama macam pokok kelapa tapi pijah ni jaz pokok jambu je. So, bila naik motor si fidin tulah yang asyik tersangkut kat dahan pokok. Lecturer business math time part three dulu pun pernah menyatakan..

"sesungguhya, bila fidin dan fizah naik motor bersama dan terpaksa meredah tasik maka kepala fidin sahaja yang akan timbul dan kepala fizah berada di dalam air...haha"
~Profesor Madya Izzudin Haji Arshad~

hahaha..sampai harini kalau teringat pasal ni mesti tetiba sahaja diriku tersenyum keseorangan. Pijah ni jugak walupun kegilaan tapi dia ni budak baik. Orang yang baru kenal memang akan fikir dia macam tu bila dah lama kenal saya rasa dia ni sorang yang rajin, baik hati, pandai masak, peramah dan bakal menjadi seorang ibu yang sangat penyayang..hehe..kipas2, mane tahukan nak keluar lagi hari isnin ni dapat makan free.. Lepas tukan, pijah selalu ajak i kawin ngan dia tapi i taknak..akibatnya, dia selalu frust tertonggeng tapi sekarang ni dia dah jumpa mr.right dia yang nama haikal. Selalu je kena tolak lamaran hingga dia naik fedup, tu sebab dia cari laki lain. Lagi pasal minah ni..

>> bapak dia adalah sorang tauke pasir yang berjaya..

>> suka main pasir yang tinggi membukit kat depan umah dia

>> dah nama tauke pasir, jadi koleksi lori pasir pun mestilah banyak..

>> dia cakap pernah bapak dia hantar pergi sekolah naik lori pasir yang besar tu..dipercayai ketebalan muka dia time tu dianggarkan kira-kira 14 inci (kes malula ni)..hehe

>> bercita-cita untuk bersanding di atas jentolak atau dalam bahasa masyarakat kelantan dikenali sebagai 'keto keh' dan berarak mengelilingi bandar Kota Bharu..pastu nanti boleh masuk surat khabar sinar harian katanya:)

>>sangat menggemari nasi ayam dan air 'teibeng'(air teh+susu+ais)

23 March 2009

[*_*]~~

hmmm..
napelah rasa ngantuk sangat ni..
besnye kalo dapat tido time lepas hujan ni...
nak tulis blog pun idea sume dah lari...
~~~~~~~zzzzzzzzzzz~~~~~~~~

22 March 2009

a.K.u.s.a.N.G.a.T.m.a.R.a.H!!!

This time..

aku dah tak boleh sabar..
aku dah geram sangat-sangat..
aku dah tak boleh sabar lagi dengan perangai buruk manusia(bukan nama sebenar) ni..tak habis-habis menyusahkan hidup family aku. Daripada duk bercerita belakang, baik aku luah dalam blog ni. Biar satu dunia tahu yang sekarang ni bukan semua manusia yang luaran nampak baik tapi dalam pun baik. Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Apa yang buat manusia tu tak puas hati pun aku tak tahu. Takde angin takde ribut tiba-tiba suka hati mak bapak dia nak mengata orang yang bukan-bukan. Apa kau ingat kau tu baik sangat. Dasar manusia tak sedar diri, macam nilah. Orang lain semua salah, dia je yang betul.

Kalau dah tak puas hati sangat dengan family aku cakap ajelah, tak payahlah nak mengata, bercerita kat orang lain. Kau nak suruh kami layan family kau tu macam mana, nak dilayan macam anak raja?? balik nak bersambut dengan karpet merah..makan nak dilayan..bercakap kena ikut protokol..nak makan kena yang mahal-mahal..macam tu?? mintak maaflah sedare, kau silap orangla. Kami ni dari golongan yang sedar diri dan bukan dari golongan macam sedare. Kami buat setakat apa yang kami mampu buat dan buat bukan kerana nak tunjuk baik semata-mata. Itu je yang mampu kami bagi. Kalau nak lebih, pergi tempat lain. Apa jijik sangat ke kalau makan ikan kembung..ikan kering..telur goreng.. Tahula kau tu orang bandar tapi bila dah masuk kandang kambing pandai-pandaila nak mengembek. Takkan nak mengaum pulak kut. Time nak balik bukan nak cakap dulu, tiba-tiba dah sampai. Sepatah pun tak bagitau cakap nak balik. Pastu pandai pulak mengomen kata kat umah tu takde makanan. Dahtu sape suruh ko balik tak cakap awal-awal. Bila orang dah masak pulak, tak nak makan. Takpelah kak, dia tu ajak kitorang pegi makan umah dia..takpelah kak, kitorang dah suruh orang tu masak..takpelah kak kitorang dah makan tadi. Tak ke kurang siuman tu. Kalau manusia ni bawa balik makanan memang takkan makan selain dari bilik dia. Apa, dia ingat kami ni hadap sangat nak mintak makanan kau tu. Lepas tu bila tak habis, dah nak expired baru nak bagi kami. Heii manusia, ko ingat kami ni binatang ke nak bagi sisa-sisa macam tu.

Bila dah balik umah pulak, semua benda dalam rumah tu serba-serbi tak kena. Nak berjalan tak boleh ada bunyi, kena pakai baju yang penuh kesopanan dan keislaman, pasang tv tak boleh kuat-kuat(kalau boleh takde suara lagi baik!!), tak boleh pegi keluar lama-lama and banyak lagilah pantang larang bila manusia ni balik. Wah3..pandai betul ko nak mengajar kami. Sepatutnya kami yang ajar family ko macam mana nak hidup tanpa susahkan hidup orang lain. Bukan setakat anak kau yang patut diajar tapi mak bapak pun kena ajar jugak sebab sama kurang ajar dengan anak. Saya tak sangka, manusia yang selama ni saya hormat rupanya setan bertopeng manusia. Sanggup makan daging saudara sendiri. Kau cakap kat orang lain yang kami ni sombong tapi saya nak tanya. Bila kau balik anak-anak kau tu ada cakap dengan adik aku?? ada? takdekan.. Bila balik je duk terperap dalam bilik, nak keluar sepatah pun tak bagitau. Nak bersembang lama-lama jauh sama sekali.

Si bini pulak, bab2 tutup aurat memang kepakaran dia. Tudung tu bukan main labuh tapi mulut tak pandai pulak nak tutup, tahulah gigi awak tu mancung. Anak perempuan pun macam mak jugak, 24 jam jadi 'muslimah sejati'..nak mandi pun pakai tudung..bagus betul anak dia ni. Tapi tu untk anak dia je, anak orang lain semua tak betul. Tu yang duk sibuk meniaga t-shirt muslimah tapi tak laku..wat kelakar betul. Kalau nak jadi muslimah wajib pakai baju macam tu 24 jam ea..memang tak boleh pakai betul. Apa dia ingat baju lain tak boleh pakai. Nak tutup aurat tak semestinya pakai baju tu mak nenek oiiiii. Nak jadi muslimah sejati konon, tapi haritu aku tengok anak kau tu pun pakai seluar ketat, anak perempuan yang umur 5 tahun tu pun pakai skirt singkat jugak. Itu hal anak perempuan, anak laki dia lagi hebat, sungguh teramat hebat. Kenapa aku cakap macam tu?? yelah, anak orang lain mana hebat macam anak dia. Stail anak dia memang hebat..pakai rantai tali kasut, hisap rokok, kadang-kadang boleh jadi pencuri yang hebat.. Bagi bapak dia, itulah anak kesayangannya. Buat apa pun, bapak tak kesah. Alahai, buta ke apa bapak dia ni. Tahulah dia tu bukan dari jenis yang tahu malu tapi takkanlah anak buat kerja macam tu pun tak reti nak ajar. Bila orang kata mak bapak tak reti didik anak tahu pulak marah tapi bila anak orang lain buat silap, pandai pulak nak mengajar. Siap bagi penampar free lagi. Bukan saya reka cerita tapi benda ni berlaku depan mata saya sendiri. Padahal salah budak tu bukannya teruk sangat. Sedangkan mak sendiri tak pernah tampar anak sendiri ni pulak dia suka hati kepala lutut dia nak tampar-tampar anak orang. Anak dia sendiri nak cubit pun tak berani. Kelmarin mak aku cakap yang bini dia ni cakap kakak aku ni anak sedare kesayangan. Dasar pendengki betul. Sedar diri pulak dia yang takde sape sayang kat anak dia. Manusia mana yang nak sayang kat spesis manusia macam tu kalau mak bapak sendiri pun kepala otak tak betul, anak lagila tak betul. Sekarang ni orang yang dia hina sangat dulu dah jadi lagi bagus dari anak dia, lagi cerah masa depan dari anak dia and lagi berguna dari anak dia.

Disebalik apa yang dorang dah buat kat family aku selama ni, aku rasa macam Allah dah bagi balasan kat family ni. Sebabnya, anak-anakdia dah jadi macam tak betul, asyik lari dari rumah, mencuri tak sudah-sudah, bini pulak dah jadi lain. Iyelah, dulu konon-kononnya nak jadi ibu mithali, isteri muslihah tapi sejak akhir-akhir ni aku tengok bukan saja dah melencong jauh sangat tapi juga dah terpesong. Tambah-tambah lagi bila aku dengar yang dia ni nak dapat anugerah guru cemerlang tapi title tak dapat satu kampung dicanang nak suruh orang tahu. Cehhh..cemerlangla sangat. Bila dah dapat title tu nanti bolehla dia further study balik kat U. So, lepas ni alamatnya bolehla kami dengar dia bagi ceramah motivasi bagaimana nak jadi macam dia. Alah,kalau setakat dapat berjuta-juta award pun tapi perangai masih lagi seburuk-buruk manusia aku tak heran sangatla. Sekarang ni bolehla dia nak 'berhidung tinggi' tapi bila hidung dah patah sebab dah jatuh tersungkur menjilat pasir tergigit batu jalan, barulah dia tahu nanti yang langit ni tinggi ke rendah. Tahu yang setiap perbuatan manusia ada balasannya. Aku pun ada kadang-kadang terpikir dorang ni gila ke. Yelah, orang gila kat umah aku tu walaupun dia tu gila tapi dia tak pernah pulak nak kacau hidup orang tapi 'mereka-mereka' ni tak gila tapi berlagak gila sebab selalu menyusahkan hidup orang especially hidup keluarga aku. Memang patutlah bilik dia bau busuk, sesuai untuk orang yang berhati busuk.

Lastly, maaflah pada sapa2 yang terkejut time baca blog ni sebab bahasa yang saya guna this time agak sedikit kasar. Bukan apa, saya rasa tahap kesabaran saya kali ni dah tak boleh nak bendung lagi. Kalau saya sorang yang kena saya boleh terima tapi bila dah libatkan satu family especially my mum, tu dah benar-benar menguji kesabaran saya. Just STOP IT!! dahla menyusahkan hidup orang. Kita manusia ni bukannya perfect sangat pun, tak boleh lari dari buat silap. Tak guna kita sembahyang 24 jam tapi hati busuk, tak guna kita pakai tudung labuh tapi mulut tak reti nak tutup, tak payah kita berlagak baik depan orang tapi kat belakang kitalah sejahat-jahat makhluk Tuhan. Kepada family tu, tak payah susah-susah nak betulkan family orang tapi family sendiri pun tunggang-langgang, tak payah susah-susah nak hayun tangan tampar anak orang kalau anak sendiri tak betul........tak payah nak berlagak baik kalau saudara sendiri selalu dihina...ingat sikit syurga neraka..Allah Maha Berkuasa..andai doa kami termakbul, mintak maaf banyak-banyak.......

20 March 2009

~~S.A.Y.A.S.U.K.A~~

hari ni hari jumaat..20 mac 2009..

and hari ni saya kena buat o.t praktikal...
o.t praktikal??
korang mesti tak pernah dengar or tahukan..
tapi tulah realiti yang saya kena hadapi harini..hehe..

sebenarnya saya bukan apa..jaz nak tolong staf kat sini je..
dorang ada majlis ramah mesra kakitangan and takde orang nak jaga urusetia resort..
yelah, staf kat sini 99% lelaki..
so, saya dengan rela hati menawarkan diri untuk jaga reception..tapi bukan saja nak tunjuk rajin ok..saya ikhlas tau..macam geng wonderpets selalu cakap..
apa yang penting?? KERJASAMA:)
pastu..lepas habis game, ada BBQ..
tapi kenapalah perut saya ni rasa kenyang sangat..
terpaksalah tak makan walaupun bukan selalu dapat BBQ macam malam ni..

then..saat yang dinanti-nantikan..the lucky draw time!!
as usually, im trying my luck that night..
tp selalunya memang dah kompem2 and sah2 tak dapat..
berpuluh-puluh tahun im always trying..and trying..and still trying to be a lucky person..
hopefully..masin mulut my bos..
yelah..dah dia cakap saya kena datang harini sebab nama ada dalam list penerima...
adalah 4, 5 kali dia cakap..

and now..showtime!!
10 penerima hamper pertama..
not my name..
bukan saya..
masih lagi bukan saya..
that not my name..
not again..
not me..
and again..untill the last name..
bukan nama saya jugak!!!!
hmmm..takpe, never give up..yang tu hamper kecik je..
tuu, hamper besar ada lagi..kalau ada rezeki adalah..

first name..tu bukan nama saya..
then..sama jugak bukan nama saya..
third..bukan...
bukan juga...
bukan..bukan..
then..WAN MOHD AZIZUL BIN WAN ZAINUDIN..
eh..nama saya tu..
huhh..nama saya?
arghhhhhhhh...akhirnya..
im be the lucky one..yuhuuuuuuuu:D
sukanya..
hepinya saya..
macam tak percayanya saya..
masin mulut my boss..
arigato kozaimas bos..a.k.a en.fakarulzi

Lepas je amik hamper..saya terus mesej kawan saya..
saya bagitau dia saya dapat hamper..
menggigil saya..(cehh..macam nak amik award je aku ni)
time tu Tuhan je yang tahu betapa hepinya saya..
macam nak melompat je..
nak menjerit pun ada gak..
but..behave yourself budak oiiii..
hehe..

habis hamper..
tapi masih ada lagi hadiah..
tinggal lagi 3 hadiah..
sapa yang dapat ni memang bertuah sesangat..
hadiah yang tersangat spesel..
dapat kambing..yeah..kambing..
nape?? tak caya..betul dapat kambing..
bialah nak caya ke tak..
janji i got something although tak dapat kambing..
and for a long time im waiting for this...
...............S.A.Y.A..S.U.K.A.....................

15 March 2009

KAWAN SAYA : EPISOD LIMA

5. NORAZIAH BINTI AHMAD
a.k.a aZy, aXia, bestprensaya


jeng..jeng..jeng..memperkenalkan cik noraziah ahmad!!! yeeeeeyy..
sape nak kenal dia angkat kaki..

nak tahu macamane saya jadi kawan dia??

nak tahu bila saya jumpa dia??
nak tahu orangnya macam mane??

time saya mula jadi rapat ngan dia kalau tak silap masa kitorang attend event our senior kat dewan cemara..lepas je habis event tu, kitorang berposing-posing kat luar dewan sambil amik gamba and time tulah we getting close..rasanyalah..

Azy ni pada saya seorang yang...............................................................sangat garang..hahaha.. takdelah, saya gurau je. Tapi dia garang pun ikut situasi jugak, contohnya time dia menjadi lecturer subjek matematik saya, cam gambar sebelah tu..Masa tu dia memang bertukar jadi garang..kalau saya main-main mesti kena marah..kena zaSsS..zaSsS. Tengoklah, ketegasan dia sebagai sorang lecturer, sampai tudung pun da lain. Time buat assignment pun takleh nak main-main, nati kena rotan..hehe..bukan apa, betul juga cara dia tu. Kalau main-main, nati esemen lambat siap. Bila lambat anta esemen nati kena potong markah pulak, nanti sape jugak yang susah. Juga sorang yang kreatif..tulisan dia pun cantik, saya selalu jeles ngan tulisan dia.

Masa kat uitm duNgun dulu kitorang selalu balik kelas jalan kaki sesama..dalam kelas selalu duk tepi dia..pegi pasar malam depan D.A sesama..makan nasi lemak kat food court sesama..wat grup esemen sesama..makan kopok lekor kat tepi pantai sesama..hmm..bestnya..tapi sekarang dah tak boleh sebab dia sambung belajar kat shah alam dah and dapat kawan baru..tapi kitorang masih lagi contact each other. Kadang-kadang tu dia mesej saya..saya mesej dia..dia call saya..saya jawab call dia..mesej kat friendster..Kami pun selalu tolong-menolong. Bila dia susah saya tolong dia, bila saya susah saya mintak tolong dia and apa yang penting??KERJASAMA..hihi..

>> peminat fanatik basketball..

>> anak jati johor..bertempat di Felda Adela, Kota Tinggi..

>> STATUS:


..SINGLE..
..AVAILABLE..

SAYA JAWAB TAG KAMU..fLoRa


The rules are:
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 friend of yours


Birthday saya lambat lagi tapi takpelah..untuk tidak menghampakan cik fLora, saya jawab tag kamu:) For my birtday on 29 ogos ni..i wish myself :

1. Nak grad dengan jayanya dan dapat kerja awal..
2. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sokmo, hepi sokmo, and dirahmati ALLAH selalu..AMIN
3. Nak hadiah..hehe
4. Semoga hidup saya lepas ni berubah untuk selama-lamanya..
5. Nak buat umah besar sebuah..
6. Nak ada kereta..tak nak dah naik motor
7. Mahu jadi kaya..bila dah kaya nanti, nak bawa family pegi Mekah..
8. Nak kawin jugak macam cik fLora..hahaha:D
9. Hari 2 saya ada tengok barang ni..mixer besar (RM2000) and oven besar (RM8000)..hmmm..anybody rasa nak sponsor??
10. Nak ada bakery sendiri..lepas tu nak buka cawangan banyak-banyak..

the next award goes to..
aiDa
aXia
jacaraNDaLuva
auntie fiDin
uncle arTakus
as-sYabab
jihaNto marceLO
abe ja
sesape rasa nak jawab
siapa2 rasa takde keje

TAHNIAH!!

da bomb..melotop..cayalah..fuuyooh..ape lagi yang boleh diucapkan selain ayat-ayat ni untuk orang yang dapat result yang teramat cemerlang dalam exam??

apapun, tahniah kepada sepupu saya.. NUR FADHILAH HANIM BINTI MOHD NOOR (dalam gamba belah kiri) coz dapat 10A dalam SPM. Dasatkan..tak pernah2 lagi tercipta rekod macam tu bukan je dalam sejarah keluarga saya tapi jugak kat kampung saya tuh..tahniah..tahniah..

14 March 2009

KAWAN SAYA : EPISOD EMPAT

4. MOHD TAJUL ARIFF BIN ANNUAR
a.k.a tajul


nak kenal sapa yang nama tajul ni? tuuu..mamat yang berkulit putih kat depan sekali yang bermuka poyo semacam..hehe, dont angry-angry abe tajul:) ni gamba time kitorang ada jungle tracking masa event class kat kampung orang asli..best sesangat..hepi..suka..

Tajul ni actually masuk lambat dari kitorang. Orang dah seminggu belajar dia baru masuk, tak tahu kenapa and saya jumpa dia time on the way ke tandas, nak mandi..hehe.. Dia tegur saya dulu. First question dia tanya..saya pergi kelas ngan sapa..kelakarkan. Selama ni tak pernah2 ada orang tanya tiba-tiba dia pulak yang tanya. Saya pun jawablah usually saya pergi sorang-sorang je. Lepas tu nak tahu lagi apa dia cakap??

dia cakap..'esok kita pegi kelas sama-sama boleh'
saya balas..'oohhh..boleh je. Tapi sanggup ke pegi kelas awal??'
'ok..takpe'
saya cakap..'kalau gitu esok saya tunggu kat bawah'

Macam tulah kami kenal bertempat di depan tandas:) Tapi, keesokannya tak berjalan seperti yang dijanjikan..saya terlupa!! alamak, mesti tajul tak jumpa cari kelas kat mana. Dahla ni kelas pertama dia. Baru je saya nak tanya ngan classmate saya tiba-tiba Tajul tersengih kat depan pintu kelas. Hmm..lega..jumpa pun dia cari kelas kat mana. So, start on that day kami pun belajar dalam kelas yang sama sampai akhirnya..

More about this guy..

>> orangnya kecil molek, berkulit putih, sometimes funny, sometimes naughty, gila-gila..bila jalan always like a 'little macho man'...hehehe...

>> ada moto skuter ego warna merah...seegois tuannya..

>> ada sahabat yang juga merangkap 'adik and pembantu' dia bernama zafuan. Kenapa saya cakap macam tu..sebabnya kalau tajul pergi mana-mana mesti si zafuan ni ada sama..duk bilik sama, naik moto gi kelas sama-sama, balik kampung sama-sama, main bola sama-sama. Sekarang ni continue degree pun kat kampus yang sama, course pun sama..

>> walaupun si tajul ni anak orang kaya-kaya tapi dia tak berlagak..tak macam anak orang kaya lain, baru kaya sikit dah perasan.

>> ada juga perangai dia yang saya tak berapa suka..

>> STATUS: hmm..DONT KNOW..

SEHARI DI TESCO..

Hari jumaat lepas sembahyang jumaat haritu saya pergi Kota Bharu sebab nak beli barang hadiah anak jiran saya nak kawin and saya dah plan ngan mak saya nak bagi hadiah lain dari yang lain. Yelah, selalunya bila orang kawinkan kita bagi cawan, sudu, kipas, toto, rice cooker and macam-macamlah tapi this time saya tak nak bagi hadiah rupa itu tapi nak bagi benda yang boleh mengenyangkan, saya nak bagi puding roti bakar spesel from me..hehe..nama lagi spesel, so kenalah wat elok-elok.

Mula-mula saya ingat nak pegi KB Mall tapi bila pikir2 balik..hmmm..tak jadilah, nak try shopping kat TESCOlah pulak. Banyak sikit choice barang kat situ. Lagipun saya tak pernah pergi lagi tempat tu walaupun dah lama siap. Bila sampai kat situ saya pusing2 dulu sebab nak tengok apa yang ada kat situ..dah letih pusing saya terus ke tempat barang-barang makanan..waaaaahhhh..besar dan luasnya..bestnya.. Tanpa melengah-lengahkan masa terus saya amik bakul and mula mencari barang yang saya nak. Baru je amik 2,3 barang mata saya ternampak satu benda yang membuatkan saya begitu dan amat teruja.. Barang yang diimpikan selama ini di depan mataku..saya tersenyum sendirian. 'Nak beli ke tak nak ni ek??' saya bermonolog. 'Hmmm..tanya mama dululah.. Nombor telefon yang tertera nama luvlybunda saya dail..dengan menggunakan loghat negeriku...lalu..

Saya : 'Assalamualaikum..ma, ore(ganti diri namaku kat umah) jupo satu bendo nih'
Ma : 'Mu jupo gapo pulok??'
Saya : 'Ore jupo bekas cupcake. Nak beli ma, boleh??'

Ma : 'Hmm..berapo hargo?'

Saya : 'Harga ............. (rahsia)'
Ma : 'Suko ati mulah'

Saya : 'Ok, tima kacih..'

Hehe..tulah benda yang saya nampak. Lantas terus saya amik bekas cupcake tu lepas mak saya dah bagi lampu hijau. Gumbiranya hatiku. Pusing punya pusing rasa beratlah bakul ni, tukar amik trolilah boleh muat banyak sikit. Tak sangka pulak boleh jadi banyak macam ni pulak. Lepas kira-kira dekat ngan sejam duk berpusing kat situ saya berhenti rehat kejap..adoiii, penat betul. Time berehat-rehat tu saya pandang barang2 yang ada dalam troli. Hmm..banyaknya barang aku amik, tak over budget ke ni?? Cek duit dululah, nanti tak cukup nahas aku. Kira-kira duit, selamat..duit terlebih cukup. Nak tambah lagi pun boleh.. hehe..

Kalau ikutkan hati, banyak lagi barang yang saya nak beli tapi bila mengenangkan tu duit mamaku and kaki pun dah terasa lenguh..terus cepat2 saya tolak troli ke kaunter bayaran. Lagi lama duk kat situ takut sume barang yang saya berkenan saya amik. Orang kat kaunter tak ramai sangat jadi taklah kena beratur panjang. 'Semua RM.... encik..' Huuu..banyak gak aku shopping ni..takpelah, bukannya selalu pun. Hopefully mama 'suka' barang yang aku beli ni. Yelah, dia yang suruh pergi sorang-sorang jadi kenalah tabah dan kuatkan hati tengok barang yang saya dah beli dengan jayanya. Betul tekaan saya, mama sukalah..bahkan suruh beli lagi..huhuuuu~~

Nak tahu barang apa saya beli...

acuan cupcake
acuan mini cupcake
loyang kek yang boleh tanggal tapak
paper cup
paper alas kek
kismis hitam
jelly for fahim
buttercup
fresh milk
strawberi
anggur
epal
bunga kek
roti
badam cincang
ambi pure refreshner
fabreze
Loreal for men (saya punya ni)
lip balm (for my sis)
Vick vapourub
toilet refreshner
plastic wrap
chocolate finger

haa..tulah barang-barang yang saya beli. Sikit jekan:) Minggu depan saya nak pergi KB Mall pulak, nak beli barang saya and nak servey kedai cermin mata yang ada sale coz dah lama saya tak pakai cermin mata. Mata ni kadang-kadang rasa lain macam je..

11 March 2009

KAWAN SAYA : EPISOD TIGA

2. UMMI HELWARIENA BINTI CHE JUHAN
a.k.a kak umi @ Pn. ummi


hmmm..macam mana saya jumpa kak ummi ye?? hmmm..tak berapa nak ingatla tapi apa yang saya ingat saya join geng kak ummi ni time part 1 tapi start rapat time part 2. Masa tu style kak ummi ni biasa2 je. Yelah, student baru katakan..lepas dah lama sikit barulah nampak perubahan..fesyen ala-ala mak datin gitu..lagiiiiiii..korang baca jelah kat bawah ni..

>> seorang pelajar yang sangat pandai. Every sem dapat Anugerah Dekan, pointer maintain je 3.5 ke atas..

>> student senior dalam kelas

>> asal dari pasir mas, sebab tulah orangnya come lote

>> kak ummi ni kalau dia study, memang betul2..bila main, main puas-puas..

>> bila naik motor kak ummi mesti fokus betul2..kalau orang lain bolehla pusing2 tangan, paling2 muka, gerak2 kaki..tapi kak ummi tak macam tu..keras semacam je bila bawa moto..fokusla katakan and yang paling tak boleh lupa time lepas balik pasar malam tahun lepas..satu motor naik 3 orang!! hahaha..pecah perut kitorang ketawa:D tapi saya naik motor ngan orang lain ye..

>> hmmm..tu jelah yang saya boleh ingat pasal kak ummi ni..

>> STATUS :


MARRIED!!

10 March 2009

KAWAN SAYA : EPISOD DUA

"surprise..surprise!! starting today, saya nak citer tentang kawan2 saya yang dah lama tak jumpa. Lebih kurang nak lepas rindulah ni..hehe..macam-macam saya nak cerita tentang diorang..macam kami berjumpa..bila kami jumpa..macam mana boleh jadi kawan and banyak lagi..so, selamat berkenalan dengan kawan-kawan saya


1. MOHD HANIF BIN AHMAD SOFIAN
a.k.a mr.hanh, hanf, hahieyf, hanieyzah..

Mamat ni mula-mula saya jumpa time minggu mesra siswa UiTM, jumpa kat dalam dewan aspirasi and malam tu ada ceramah agama. Malam tu siswa+siswi kenalah berpakaian yang sopan and mr.hanh ni pakai baju melayu warna purple and siap berkopiah lagi. Kami duduk tak tahu di baris yang ke berapa but hanf duduk kat tepi sekali tapi bukan tepi dinding. Sedang penceramah bercakap kat depan, si hanf ni sibuk duk main henset 3310 dia yang kale hijau muda pudar, mesej kat sape tak tak tahula tu. Mesej punya mesej punya mesej, last sekali saya tengok dia tertidur..haaa..abisla ko kalau o.c nampak.. Tekaan saya memang betul, o.c nampak dia tidur, tapi saya buat donno je..konon2 khusyuk mendengar ceramah katakan..hihi..tapi o.c tu wat penat je gerak dia bangun, lepas tu dia tidur balik..dan saya terus dengan kekhusyukan saya mendengar ceramah dalam kesejukan macam duk dalam peti sejuk kat dalam dewan tu...

Lepas je habis MMS barulah saya tahu yang saya ni sekelas dengan dia rupanya. Mula2 jumpa tu masing-masing sengih-menyengih je tapi one day lepas habis kelas (time tu kelas dah start but kelas apa pun saya dah tak pasti) saya rasa macam nak kawan ngan dia. Maka bermulalah cerita berkawan saya ni. Time tu dia tengah jalan dengan azy and lin nak pegi koperasi and dia nampak saya and ajak saya pegi sekali. Kat koop tu saya rasa macam nak belanja dorang ais-krimlah, so saya pun belilah ais-krim coklat yang harga 80 sen. Satu sorang saya beli tapi bila nak bagi..aikkk??mana pulak dorang pergi ni..takpelah, dorang ada kat luar kut tapi takde jugak. Biarlah, baik aku makan dulu, nanti cair pulak and saya makan kat pondok yang dekat dengan mesin ATM. Tengah duk sedap mengadap ais-krim tiba-tiba saya nampak dorang kat ATM. Saya senyum and dorang datang kat tempat saya.

'Haiii..sorang2 je..'
'Taklah..ramai ni' saya berseloroh.

Tanpa membuang masa..

'Nah, ais-krim..amiklah..'
'Wahhh..ais-krim, bestnya'

Kami pun makan ais-krim tu sama-sama sambil kenal-mengenali satu sama lain. Bermula saat tu, kami pun jadi kawan sampaila habis belajar. Nak tahu lagi pasal hanf..

>> setiap sem tukar telefon. dari nokia 3310, tukar ke sony ericson, tukar sony lagi+nokia biasa yang ada lampu suluh, pastu pakai N82+nokia PDa (tak tahu pulak dari jenis apa coz bab2 telefon ni saya tak pakar sangat)..and sekarang apa brand apa tak tahu coz lama tak jumpa

>> gila komputer..sanggup perabis duit untuk beli barang komputer dia..beli motherboardla..monitor LCd yng sama besar ngan tv..kalau dikira harga komputer dia tu rasanya boleh sampai RM2000/RM3000!! tapi sekarang komputer kesayangan yang dinamakan 'HELENA' tu dah kena jual..

>> bapak dia ni tauke kain tudung and kain songket kat pasar MPKB

>>selalu sakit hati ngan dia..why?? adelah..mane boleh tahu. pernah sekali tu time lepas raya saya dah janji nak tumpang kereta dia balik kampus tapi boleh pulak dia tak ingat. masa tu hanya Tuhan je yang tahu sakitnya hati sayaaa, rasa macam nak je sepak terajang dia tu tapi selamat tiket bas ada lagi, kalau takkk.. Bila dah sampai kampus, saya tak tegur dia, padan muka!! tapi kejap je, lepas tu baik balik

>> masalah dengan komputer?? mamat ni semua dia tahu..tanya je apa pasal komputer kat dia, kompem boleh jawab dengan jayanya..

>> sometimes, saya jadi image consultant dia..jadi pengkritik image dia..and tolong ikatkan tie untuk dia..huhhh..tak pandai ikat tie?? macam budak sekolah je:D

>> selalu get better marks than me..jeles aku;(

>> seorang yang agak funny..friendly..

>> STATUS :
NOT AVAILABLE!!
SOLD OUT!!

nilah rupa mr.hanh........2. amacam?? anda rasa dari jenis jambu apa mamat ni..lips tu dia pakai gloss ke?? kwang..kwang..kwang..

07 March 2009

KAWAN SAYA : EPISOD SATU..

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah,
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau...

...TERISTIMEWA...
Mohd Hanif
Muhammad Khairulanam
Mohd Tajul Ariff
Mohd Zafuan
Ummi Helwariena
Nik Intan Suriana
Suriyati
Nur Adeliah
Nur Hidayah
Nor Hidayah
Noraziah
Mas Ayu
Sharina
Jumratul Fariza
Rasidah
Nurul Akmal
Shahira
Nor Azean
Siti Zailawati
Nurul Haslinda
Nor Azniza
Nor Hapizah
Nurena
Nurbaya
Nafisah
Melini
+
Aida Nadiah

TAG FROM FLORA:)

5 Yang Paling Spesel - Orang Yg Masih Bernyawa:
>> Ayah n my mum
>> Fahim (walaupun bukan adik kandung, tapi saya anggap dia macam adik saya)
>> Kak Za, Pijah, Azy, Ayu, Aida n big bro..anam..hehe
>> Classmate saya dulu2
>> Adik-beradik saya

5 Yang Paling Spesel - Makhluk Bernyawa Bukan Orang (Jika Ada):
>> Pokok pisang emas saya
>> Pokok delima saya
>> Pokok bunga kemboja color pink saya
>> Pokok kaktus saya
>> Pokok kat little garden saya

5 Yang Paling Spesel - Harta Benda Yg Memang Tak Bernyawa:
>> Kad pengenalan saya
>> Lesen motor saya
>> Koleksi baju+seluar+tie saya
>> My perfumes
>> Beg baju yang dah lama saya cari..brand stylo..sangat cantik

5 Yang Paling Spesel - Ape2 Yg Jadi Nyawa Anda:
>> Keluarga saya
>> Duit
>> Segala ciptaan Allah..air, udara, cahaya, pancaindera..
>> Makanan dan minuman
>> Rumah

5 Yang Paling Spesel - Penjawab Tag Nyawa Yg Seterusnya:
>> Aida
>> Azy
>> Jacarandaluva
>> Anam
>> Mak cik fiDin

04 March 2009

TRIMASss:)

pagi tadi saya tak perasan motor saya rosak..
bila naik rasa lain je kat tempat letak kaki kat depan..
nak tengok takut terlanggar orang pulak nanti..
nak berhenti takut lambat pulak sampai kat tempat praktikal..
ahhhh..bila sampai nanti tengoklah..
bawa..punya bawa..punya bawa..
akhirnya sampailah juga kat pejabat..
lega..tadi bawa motor betul2 membimbangkan hati..

harini jugak lecturer yang datang lawat student praktikal nak datang..
berdebar..takut..nervous..macam-macam rasa ada..
tapi..cool dowm guy!!
and dalam pukul 1 lebih tadi dia sampai..
hmm..ini rupanya lecturer tu..
sedikit gempal dan cumel..
nama dia miss faizah binti ismail..tapi saya tak pernah pun jumpa dia..
baru lagi kut kat UiTM Dungun tu..
lepas je dia panggil bos, lecturer tu bagi satu form..
"awak isi ni, saya nak cakap dengan bos awak dulu..after this i'll call u"
saya pun isilah form tu sambil curi2 dengar apalah yang dibulkan tu..
ishhh..tak dengar sgtlah..
bialah..saya mengeluh..
lepas je habis cakap ngan bos, dia panggil saya..
bila sampai je kat miss, ada sorang mamat ni tanya something..
and saya pun jawablah..bla..bla..bla..tima kasih..
pastu baru je nak tanya miss.."oklah azizul, i balik dulu" ['_']
huh??tak sempat tanya lagi ni..muka miss nampak lain je..
marah ke sebab layan mamat tadi tu..atau kesensitifan aku je yang rasa macam tu..
takpelah..janji selamat dia takde tanya soalan..fuhhhhh..

motor saya tu pulak macam mana saya nak baiki ni..
nak baiki sendiri tak tahu rosak apa..haaaa!!!
mintak tolong dengan staf kat sinila sebab haritu pun dia ada tolong baiki kereta customer..
saya pun mintak tolong dia..
"mmm..boleh tengok motor saya rosak apa??
dia pun jawab.."ok je"
terus je dia pegi kat motor saya and tengok apa yang rosak..
"hmm..ni bukan rosak, tapi nat no 14 tercabut"
mak aiii..nat tercabut..patutla bawak moto tadi asyik bergesel je..
"pastu, dekat2 sini kedai moto ade ke".."kalau ada mintak tolong belikan boleh tak??"
and sekali lagi dia tolong..
dia tolong belikan nat nombor 14 tu..dia pegi ngan kawan dia..
lepas beli kawan dia tolong pasangkan..saya tengok je sebab tak pandai..hehe..
yesss..dah siap..tapi dari 4 nat, 2 je boleh pasang..2 lagi susah sikit..
yang 2 lagi dia suruh pasang kat kedai..
okla boleh pasang 2 nat je..janji dah tak goyang2..
terima kasih daun keladi..lain kali tolong lagi..
nak tahu sapa yang tolong saya..ni nama dia

TOLONG BAIKI/BELI NAT 14 :
encik mohd faisal
en. fadLi

TOLONG TENGOK :
en. wan yusdi
en. yusmaizi
en. syazli
en. azizul (akula tu)

hahahaha...
so, kepada semua nama di atas (except aku), arigato kozaimas..syukran..thank you..xiexie:)
ok..bye..bye..dah siap taip..
nak balik dulu..
tak sabar nak cubit pipi fahim yang comel..
adik..tunggu..abang dah balik.......

03 March 2009

SELAWAT SYIFA


nilah selawat syifa dalam cerita anak betong kat TV9 tu..tapi berdasarkan apa yang saya tengok kat web, ramai yang keliru tentang selawat ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, view laman web ni coz saya pun tak berapa tahu jugak..

01 March 2009

SEDARLAH..

Hari ini saya rasa nak discuss tentang masalah negara pulak yang saya rasa dah macam tak betul, kucar-kacir, tunggang-langgang..yang dari sehari ke sehari macam takde solution. Saya tulis topik ni pun bukan sebab saya sokong mana-mana parti tapi saya rasa terpanggil kerana saya juga akan menjadi pengundi pada pilihan raya akan datang. Jadi, tidak ada masalah rasanya jika saya berkongsi pendapatkan kerana sometimes saya rasa tak tahu nak undi yang mana satu.

Al-kisahnya adalah tentang pemimipin dari parti politik yang ada kat Malaysia ni. Macam-macam parti dengan berjuta ragam pemimpinnya. Dari pemimpin peringkat bawahan sampailah ke peringkat atasan. Kisah benar mereka ni boleh tengok kat RTM, siaran langsung perbahasan kat parlimen atau ulangan lepas berita dunia . Time tu anda tanyalah diri sendiri betul ke pemimpin kat Malaysia macam ni??bersikap dan bercakap sebegitu rupa..

Saya sendiri kadang-kadang rasa macam tak sanggup nak tengok ahli parlimen kita berbahas. Yelah, cuba bayangkan seorang yang dianggap pemimpin, belajar tinggi-tinggi, ada pangkat Dato'..Dato' Sri..Tan Sri..Dr..Profesor mengeluarkan perkataan kesat seperti babi, celaka, caci-mencaci, hina-menghina?? Apa mereka ingat parlimen tu kedai kopi yang boleh nak cakap pasal apa pun. Ingatlah sikit, seorang pemimpin yang berpendidikan haruslah tahu bagaimana nak 'bercakap'. Janganlah main hentam saja. Jangan ingat mereka tu dah bagus sangat sebab boleh berhujah di parlimen, they can said anything..helloooooo..sedarlah diri tu sikit. Belajar tinggi-tinggi konon, tapi tak reti nak guna bahasa yang setaraf dengan taraf mereka tu atau dalam bahasa yang sedikit kasar, 'otak letak kat lutut ke". Itulah sifat pemimpin kita yang mungkin sesetengah daripada kita tak sedar.

Seterusnya , relevankah kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita" yang ada kat Malaysia ni?? Kenapa perlu ada kempen sebegini sedangkan pemimpin kita sendiri pun tak pandai nak menghayatinya. Atau kementerian memang mengkhususkan kempen ni just semata-mata untuk rakyat sahaja, bukan untuk golongan pemimpin?? Inilah salah satu perkara terbesar yang terjadi pada masyarakat kita pada hari ini. Seorang pemimpin seharusnya peka tentang perkara-perkara sebegini kerana mereka adalah role model bagi masyarakat janganlah status yang ada itu disia-siakan dengan perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat seperti bertelagah sesama pemimpin. Seandainya masalah ini terjadi, lebih baik jangan jadi pemimpin kerana pemimpin seperti wakil rakyat ini sepatutnya menjaga kredibiliti atau profesionalisme mereka as a leader dan mengutamakan rakyat yang mengundi mereka, bukan mengutamakan diri atau parti masing-masing. Ini kerana, tanpa sokongan rakyat sesuatu parti politik takkan hidup dan bertahan.

Itu mengenai budaya percakapan, seterusnya masalah semasa pilihanraya pulak. Tak kiralah pilihanraya besar atau kecil perkara-perkara ini mesti dan akan terjadi sama ada sedar atau pun tidak. Saya pun hairan, kenapa waktu sebegini baru nak turun padang nak jumpa rakyat, nak tolong rakyat, nak bagi bantuan tu, bantuan ni sedangkan sebelum pilihan raya susah sangat mereka nak turun padang. Kalau ada pun setakat menghantar wakil. Time ni jugak ramaila ahli politik yang sibuk buat ceramah situ sini semata-mata untuk meraih undi. Masa ni jugak kita boleh lihat dan dengar cara mereka berucap. Ada yang berkobar-kobar berucap sampai apa yang mereka cakapkan tu bila difikirkan macam tak berapa nak betul, seperti ditokok tambah. Ada tu yang terlebih-lebih sampai sanggup mengata yang bukan-bukan tentang parti lawan masing-masing. Selain tu, ada juga ahli politik yang bukan bercakap besar tapi terlampau besar tapi bila dah kalah baru tahu malu. Apa kejadahnya cakap besar ni, takde faedahnya. Kalau diperhatikan, pada masa ni jugaklah banyak projek pembangunan yang berharga jutaan ringgit dijadikan taruhan, pelbagai janji disemai di hati rakyat. Andai rakyat undi mereka dapat projek tu, dapat projek ni, lulus itu, lulus ini. Kenapa sekarang baru nak bagi, apa sebelum ni tak boleh bagi? Seharusnya, bagi mereka yang bergelar pemimpin ni, bukan masa nak mengundi baru kita nak tolong rakyat tapi anytime. Sudah menjadi lumrah seorang pemimpin sentiasa sibuk. Kalau tak sibuk tu bukan wakil rakyat namanya.

Selepas pilihanraya dah habis, bagi yang menang jalankanlah tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bagi yang kalah, terima ajelah. Kenapa nak tak habis-habis nak memburukkan parti yang menang. Itu pilihan yang ditentukan rakyat, rakyat yang berkuasa memilih kerana kuasa memilih di tangan mereka bukan ahli politik. Bila dah bertukar kuasa, biarlah mereka meneraju sesebuah negara/negeri dengan cara mereka sendiri. Hal ini kerana, mereka takkan menang kalau tiada kepercayaan rakyat. Begitu juga dengan jatuh bangunnya sesebuah parti atau negara. Seperti yang kita lihat sekarang ni, kenapa ahli politik kita asyik bertelagah. Itu kerana tiada kesepakatan kerana mereka hanya berkepentingan politik untuk menguasai sesuatu kawasan semata-mata dan akibatnya rakyat yang menjadi mangsa. Pemimpin ni juga janganlah sewenang-wenangya mempercayai khabar2 angin yang bertiup di telinga mereka tanpa siasat terlebih dahulu. Bila dah ada bukti kukuh, barulah ambil tindakan kerana kita tak nak kerana bunyi guruh di langit habis air setempayan kita curahkan. Nanti siapa juga yang rugi, tepuk dada tanya hati. Bila rakyat selalu adakan demonstrasi sesetengah orang cakap mereka terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang sedangkan perkara tersebut kadang-kala berlaku kerana rakyat berasa diri mereka teraniaya, rasa tertindas, tertipu. Mengapa sudah 50 tahun kita merdeka tetapi perkara sebegini rupa masih ada pada pemimpin kita, cuba kita fikirkan. Apa yang pemimpin kita nak tunjukkan. Apa kita semua nak pisang berbuah dua kali?? Janganlah nanti sudah terhantuk baru nak tergadah, bila perkara yang buruk terjadi baru nak mengeluh resah.

Sebagai seorang generasi muda saya berpendapat perkara sebegini takkan terjadi sekiranya wujud kesepakatan dalam diri seorang yang bergelar pemimpin. Tugas bekhidmat untuk rakyat dan negara yang terpikul di bahu haruslah dibuat dengan sejujurnya, seikhlas yang mungkin. Jangan kerana kepincangan yang ada tak kira dari mana-mana parti kita kita jadikan isu, jadikan umpan untuk jatuhkan parti lawan. Ahli politik atau pemimpin tu juga seorang manusia, seorang manusia yang tak boleh lari dari membuat kesilapan kerana kita semua tidak sempurna kecuali DIA. Apa yang boleh saya katakan di sini, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak guna kita berkempen, duk canang kebaikan parti masing-masing bagai nak rak situ sini tapi bila dah menang lain pula jadinya. Cuba kita ambil iktibar dari negara-negara yang berperang hanya di sebabkan oleh kepentingan politik. Apa kita nak negara kita yang selama ini aman berperang sana-sini?? Oleh itu, pada para pemimpin..sudah-sudahla tu..

alahai..kena TAGGED!!

hmmm..10 perkara tentang orang yang tag saya..

1. Nama penuh dia AIDA NADIAH BINTI ABDULLAH

2. Nama glamour dia yang saya tahu - fairytopia

3. Umur dia sekarang dah 22 tahun

4. Baru je dapat kerja as interior designer

5. Seorang yang kreatif, inovatif..

6. Tersangat amat sekali sukakan PINK..pinkylicious

7. Suka amik gamba..that why dia cakap kalau pergi mana-mana kamera mesti ada dalam beg

8. Suka membaca

9. Ada oven cap butterfly jugak..kitaaa serupaaa..la..la..la~~~

10. Ada anak patung spongebob..kwang..kwang..kwang..


ni pulak 10 perkara tentang saya..malunye nak bagitau..ngeee~~

MySpaceNama penuh saya Wan Mohd Azizul Bin Wan Zainudin

MySpaceAdik-beradik ada 6 orang, anak nombor 2, anak lelaki nombor 1

MySpaceMasih lagi berumur 21 tahun

MySpaceSuka masak-masak..haritu baru je try buat rolling sardine

MySpaceSatu perkara yang maybe ramai orang tak tahu..saya tak suka tempat tinggi, saya G.A.Y.A.T..so, pada sape2 yang nak suruh saya panjat pokok mangga, pasang astro, pasang lampu jalan, pasang lampu kelip2, naik titi gantung, cuci kipas, tukar mentol lampu, cat siling, pasang atap rumah, tampal zink berlubang ke..apa ke..mintak maaf banyak2la ye..cari orang lain

MySpaceSaya jugak tak minat sangat nak bersukan tapi kalau tengok sukan saya suka. Last saya main sukan time darjah 2 haritu, main tolak bola guna kayu hoki..dapat juara tu. Kalau korang nak tahu, muka saya ni pernah kena bola sepakan penalti..yelah, sape suruh ko berdiri kat tiang gol..

MySpace Suka kat budak2 yang comel and pipi tombam..geram nak cubit2

MySpace Sensitif

MySpaceSaya ni jugak kalau hendakkan sesuatu mesti kena dapatkan jugak

MySpaceCita-cita saya yang dalam proses pembikinan..saya nak buka bakery shop saya sendiri

tu jelah serba-sedikit tentang saya yang mungkin korang tak tahu..pastu, saya nak tag :
:: faiRyTopia (boleh ke tag balik ni??) ::
:: eman asyrafi ::
:: najihah faizah ::
:: fLora ::