15 April 2009

sick again:(

kali ni..
dah dua orang kawan saya masuk hospital..
sorang accident, sorang lagi asalnya demam campak tapi melarat sampai effect mata dia..
and this time nama kawan saya tu NIK LIYANA


dia kena masuk wad dah seminggu..
nak balik doktor tak bagi..
katanya tak tahan dah duk kat dalam wad..boring yang amat sangat..
lepas tu dia cakap cam jadi bahan eksperimen je..
cucuk situ..cucuk sini..masuk tu..masuk ni..
ubat pulak bukan kena telan 2,3 biji tapi 12 biji..adoiii..siannya..
ape pun..semoga dua orang kawan saya ni diberi kesembuhan oleh Allah hendaknya...........

13 April 2009

SEMOGA SELAMAT..

kelmarin..
sorang sahabat saya yang bernama
MOHD HANIF BIN AHMAD SOFIAN
telah mengalami kemalangan dan mendapat kecederaan yang agak serius..

tulang paha dia patah dua and akan dibedah harini untuk dimasukkan besi..

hopefully evertyhing will be ok..and saya doakan semoga dia cepat sembuh..
for incoming final, best of luck..gOod Luck from me:)

08 April 2009

MESTI TENGOK..

tadi..
saya search gambar kat google..saya search gamba 'jejak'
searching........................
then..keluarlah gamba macam-macam jenis gamba yang berkaitan dengan 'jejak' tu..
mulanya tengok gamba kat page no 1..then klik no 2..3..4..5 and klik3 sampailah saya tertengok satu gamba ni..
ehhh..ni gamba tapak kaki Nabi Muhammad s.a.w
saya pun klik gamba tu..
banyak gambar peninggalan nabi kat situ..
kalau anda rasa nak tengok jugak..klik link kat bawah..

07 April 2009

diTag lagi..

fLora tag saya lagi..
ok gak coz at least terupdate jugak blog ni...................


Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama tersebut?
>> LANGKAH MENITI JEJAK <<
sebabnya cerita dalam blog ni selalu terjadi dalam hidup saya..
masa berputar..masalah menimpa..penyelesaian akhirnya

Apakah nama link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://www.ilhamnurani87.blogspot.com
entahlah..time nak create link tu tetiba je dapat nama ni..sampai sekarang tak tahu kenapa..

Apakah "method" penulisan dalam blog anda?
methodnya..about anything happen everyday..especially, story about me:)

Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
ade pulak macam tu, tak pernah terpikir..saya sakit otak tau tak nak buat blog ni jadi cam gini. so, takkanlah nak delete kut

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
miss fLora's blog..
blog yang agak menarik..cerita dia pun bes gak..
selalu gak view blog ni..
sebab ade radio desa.fm
hehe.......

Senaraikan 5 orang yang anda akan TAG
(1) aiDanaDiah
(2) sesape
(3) anyoNe
(4) siapa-siapa
(5) sapa yang view blog ni, anda ditag!!!

05 April 2009

--kesuNtukan maSa--

harini dah masuk 6 aPriL.
so, that tinggal lagi 11 hari before praktikal aku habis..

tapi, report baru buat sikit je..
adoii..pening-pening..
especially time nak translet ayat bm-bi..
berputih mata hitamku nak membuatnya..
pastu nak cari bahan tambahan lagi..
hmmm..takpelah..
cuba dulu, tak tahu tanya..

01 April 2009

mission compLete!!

PANTAI SRI TUJOH RESORT - Kekurangan oksigen dan pam air yang tidak berfungsi adalah punca yang menyebabkan dua ekor ikan koi peliharaan resort ini telah mati semalam. Kejadian yang berlaku pada petang kelmarin walaubagaimanapun tidak dihebohkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di atas sebab-sebab keselamatan pekerja.

Menurut saksi yang melihat kejadian menyayat hati itu dan hanya mahu dikenali sebagai Azizul, sebelum menghembuskan nafas yang terakhir ikan-ikan tersebut dilihat timbul di permukaan air sambil tercungap-cungap menghirup oksigen. Beliau yang menyangkakan perkara sebegitu mungkin satu fenomena biasa buat tak tahu jelah sehingga seorang pekerja di situ memberitahu bahawa dua ekor ikan di dalam kolam telah mati. Menurut pekerja itu lagi, dia telah cuba untuk menyelamatkan ikan-ikan tersebut tetapi Tuhan lebih menyayanginya dan terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka. Berdasarkan pengamatan saksi, kematian ikan-ikan itu juga turut disebabkan oleh kualiti air yang sedikit tidak bersih selain makanan yang terlebih bagi.

Kejadian yang sama juga turut berulang pada hari ini dimana seekor ikan tersebut telah mati dan turut dilihat oleh saksi yang sama yang bertugas pada pagi ini. Atas dasar kemanusiaan dan untuk mengelakkan lebih banyak nyawa yang terkorban, beliau terus mencapai sauk yang berada di tepi kolam dan terus memindahkan ikan-ikan tersebut ke kolam yang satu lagi. Atas keprihatinan itulah ikan-ikan itu dapat diselamatkan seterusnya mengelakkan kerugian yang lebih besar dari berlaku. "Mujur saya sempat tengok, kalau tak dah lama ikan tu mati" menurutnya.

Kini ikan-ikan itu masih ditempatkan di kolam yang sama tetapi dalam keadaan air yang lebih bersih dan pam air yang berfungsi dengan sempurna. Walaubagaimanapun, menurut beliau lagi kejadian sebegini mungkin boleh berulang sekiranya semua pihak tidak berganding bahu memelihara alam sekitar.

Berita disunting oleh :
Wan Mohd Azizul Bin Wan Zainudin,
wartawan berita ape-ape aje..