31 March 2009
TAG SATU :
tag ni cik najihah yang jemput saya buat..
time kacih ye cik najihah..
tapi saya answer tag nombor satu and dua je coz yang dua lagi tu dah penah buat..
2. Berapa kelajuan yg pernah anda pandu?
entahla..tak penah pulak nengok basikal ada meter laju
3. Kenapa bawak laju2?
sebab dah terlambat pegi sekolah
4. Pernah kena saman?
penah..ngan pengawas sekolah sebab lambat, tapi kalau polis tu tak penah lagila (buang karan ape polis tu nak saman orang naik basikal)
TAG DUA :
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged..
hmm..bila tengok gamba ni teringat pulak kat kawan-kawan..sorang dah kawin, tinggal lagi empat (not including me..anam, intan, kak za, yati) gamba ni diambil pada 27 Disember 2008 sempena hari kak umi kawin bersama pasangannya yang saya dah tak ingat namanya. Hopefully till the last breath ye kak umi..
~~sekian~~
sesape nak jawab tag ni silalah jawab..jangan malu segan ye:)
29 March 2009
tangan kami dua..bukan 10
26 March 2009
as requested yesterday..
pijah, supo yang kamoo mintak..story about kamooo..ni stail msj dia..
23 March 2009
22 March 2009
aku dah tak boleh sabar lagi dengan perangai buruk manusia(bukan nama sebenar) ni..tak habis-habis menyusahkan hidup family aku. Daripada duk bercerita belakang, baik aku luah dalam blog ni. Biar satu dunia tahu yang sekarang ni bukan semua manusia yang luaran nampak baik tapi dalam pun baik. Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Apa yang buat manusia tu tak puas hati pun aku tak tahu. Takde angin takde ribut tiba-tiba suka hati mak bapak dia nak mengata orang yang bukan-bukan. Apa kau ingat kau tu baik sangat. Dasar manusia tak sedar diri, macam nilah. Orang lain semua salah, dia je yang betul.
20 March 2009
hari ni hari jumaat..20 mac 2009..
huhh..nama saya?
15 March 2009
nak tahu macamane saya jadi kawan dia??
time saya mula jadi rapat ngan dia kalau tak silap masa kitorang attend event our senior kat dewan cemara..lepas je habis event tu, kitorang berposing-posing kat luar dewan sambil amik gamba and time tulah we getting close..rasanyalah..
Masa kat uitm duNgun dulu kitorang selalu balik kelas jalan kaki sesama..dalam kelas selalu duk tepi dia..pegi pasar malam depan D.A sesama..makan nasi lemak kat food court sesama..wat grup esemen sesama..makan kopok lekor kat tepi pantai sesama..hmm..bestnya..tapi sekarang dah tak boleh sebab dia sambung belajar kat shah alam dah and dapat kawan baru..tapi kitorang masih lagi contact each other. Kadang-kadang tu dia mesej saya..saya mesej dia..dia call saya..saya jawab call dia..mesej kat friendster..Kami pun selalu tolong-menolong. Bila dia susah saya tolong dia, bila saya susah saya mintak tolong dia and apa yang penting??KERJASAMA..hihi..
>> peminat fanatik basketball..
>> anak jati johor..bertempat di Felda Adela, Kota Tinggi..
>> STATUS:
The rules are:
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 friend of yours
Birthday saya lambat lagi tapi takpelah..untuk tidak menghampakan cik fLora, saya jawab tag kamu:) For my birtday on 29 ogos ni..i wish myself :
1. Nak grad dengan jayanya dan dapat kerja awal..
2. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sokmo, hepi sokmo, and dirahmati ALLAH selalu..AMIN
3. Nak hadiah..hehe
4. Semoga hidup saya lepas ni berubah untuk selama-lamanya..
5. Nak buat umah besar sebuah..
6. Nak ada kereta..tak nak dah naik motor
7. Mahu jadi kaya..bila dah kaya nanti, nak bawa family pegi Mekah..
8. Nak kawin jugak macam cik fLora..hahaha:D
9. Hari 2 saya ada tengok barang ni..mixer besar (RM2000) and oven besar (RM8000)..hmmm..anybody rasa nak sponsor??
10. Nak ada bakery sendiri..lepas tu nak buka cawangan banyak-banyak..
da bomb..melotop..cayalah..fuuyooh..ape lagi yang boleh diucapkan selain ayat-ayat ni untuk orang yang dapat result yang teramat cemerlang dalam exam??
apapun, tahniah kepada sepupu saya.. NUR FADHILAH HANIM BINTI MOHD NOOR (dalam gamba belah kiri) coz dapat 10A dalam SPM. Dasatkan..tak pernah2 lagi tercipta rekod macam tu bukan je dalam sejarah keluarga saya tapi jugak kat kampung saya tuh..tahniah..tahniah..
14 March 2009
nak kenal sapa yang nama tajul ni? tuuu..mamat yang berkulit putih kat depan sekali yang bermuka poyo semacam..hehe, dont angry-angry abe tajul:) ni gamba time kitorang ada jungle tracking masa event class kat kampung orang asli..best sesangat..hepi..suka..
Hari jumaat lepas sembahyang jumaat haritu saya pergi Kota Bharu sebab nak beli barang hadiah anak jiran saya nak kawin and saya dah plan ngan mak saya nak bagi hadiah lain dari yang lain. Yelah, selalunya bila orang kawinkan kita bagi cawan, sudu, kipas, toto, rice cooker and macam-macamlah tapi this time saya tak nak bagi hadiah rupa itu tapi nak bagi benda yang boleh mengenyangkan, saya nak bagi puding roti bakar spesel from me..hehe..nama lagi spesel, so kenalah wat elok-elok.
Mula-mula saya ingat nak pegi KB Mall tapi bila pikir2 balik..hmmm..tak jadilah, nak try shopping kat TESCOlah pulak. Banyak sikit choice barang kat situ. Lagipun saya tak pernah pergi lagi tempat tu walaupun dah lama siap. Bila sampai kat situ saya pusing2 dulu sebab nak tengok apa yang ada kat situ..dah letih pusing saya terus ke tempat barang-barang makanan..waaaaahhhh..besar dan luasnya..bestnya.. Tanpa melengah-lengahkan masa terus saya amik bakul and mula mencari barang yang saya nak. Baru je amik 2,3 barang mata saya ternampak satu benda yang membuatkan saya begitu dan amat teruja.. Barang yang diimpikan selama ini di depan mataku..saya tersenyum sendirian. 'Nak beli ke tak nak ni ek??' saya bermonolog. 'Hmmm..tanya mama dululah.. Nombor telefon yang tertera nama luvlybunda saya dail..dengan menggunakan loghat negeriku...lalu..
Saya : 'Assalamualaikum..ma, ore(ganti diri namaku kat umah) jupo satu bendo nih'
Ma : 'Mu jupo gapo pulok??'
Saya : 'Ore jupo bekas cupcake. Nak beli ma, boleh??'
Ma : 'Hmm..berapo hargo?'
Saya : 'Harga ............. (rahsia)'
Ma : 'Suko ati mulah'
Saya : 'Ok, tima kacih..'
Hehe..tulah benda yang saya nampak. Lantas terus saya amik bekas cupcake tu lepas mak saya dah bagi lampu hijau. Gumbiranya hatiku. Pusing punya pusing rasa beratlah bakul ni, tukar amik trolilah boleh muat banyak sikit. Tak sangka pulak boleh jadi banyak macam ni pulak. Lepas kira-kira dekat ngan sejam duk berpusing kat situ saya berhenti rehat kejap..adoiii, penat betul. Time berehat-rehat tu saya pandang barang2 yang ada dalam troli. Hmm..banyaknya barang aku amik, tak over budget ke ni?? Cek duit dululah, nanti tak cukup nahas aku. Kira-kira duit, selamat..duit terlebih cukup. Nak tambah lagi pun boleh.. hehe..
Kalau ikutkan hati, banyak lagi barang yang saya nak beli tapi bila mengenangkan tu duit mamaku and kaki pun dah terasa lenguh..terus cepat2 saya tolak troli ke kaunter bayaran. Lagi lama duk kat situ takut sume barang yang saya berkenan saya amik. Orang kat kaunter tak ramai sangat jadi taklah kena beratur panjang. 'Semua RM.... encik..' Huuu..banyak gak aku shopping ni..takpelah, bukannya selalu pun. Hopefully mama 'suka' barang yang aku beli ni. Yelah, dia yang suruh pergi sorang-sorang jadi kenalah tabah dan kuatkan hati tengok barang yang saya dah beli dengan jayanya. Betul tekaan saya, mama sukalah..bahkan suruh beli lagi..huhuuuu~~
Nak tahu barang apa saya beli...
acuan cupcake
acuan mini cupcake
loyang kek yang boleh tanggal tapak
paper cup
paper alas kek
kismis hitam
jelly for fahim
buttercup
fresh milk
strawberi
anggur
epal
bunga kek
roti
badam cincang
ambi pure refreshner
fabreze
Loreal for men (saya punya ni)
lip balm (for my sis)
Vick vapourub
toilet refreshner
plastic wrap
chocolate finger
haa..tulah barang-barang yang saya beli. Sikit jekan:) Minggu depan saya nak pergi KB Mall pulak, nak beli barang saya and nak servey kedai cermin mata yang ada sale coz dah lama saya tak pakai cermin mata. Mata ni kadang-kadang rasa lain macam je..
11 March 2009
hmmm..macam mana saya jumpa kak ummi ye?? hmmm..tak berapa nak ingatla tapi apa yang saya ingat saya join geng kak ummi ni time part 1 tapi start rapat time part 2. Masa tu style kak ummi ni biasa2 je. Yelah, student baru katakan..lepas dah lama sikit barulah nampak perubahan..fesyen ala-ala mak datin gitu..lagiiiiiii..korang baca jelah kat bawah ni..
>> seorang pelajar yang sangat pandai. Every sem dapat Anugerah Dekan, pointer maintain je 3.5 ke atas..
>> student senior dalam kelas
>> asal dari pasir mas, sebab tulah orangnya come lote
>> kak ummi ni kalau dia study, memang betul2..bila main, main puas-puas..
>> bila naik motor kak ummi mesti fokus betul2..kalau orang lain bolehla pusing2 tangan, paling2 muka, gerak2 kaki..tapi kak ummi tak macam tu..keras semacam je bila bawa moto..fokusla katakan and yang paling tak boleh lupa time lepas balik pasar malam tahun lepas..satu motor naik 3 orang!! hahaha..pecah perut kitorang ketawa:D tapi saya naik motor ngan orang lain ye..
>> hmmm..tu jelah yang saya boleh ingat pasal kak ummi ni..
>> STATUS :
MARRIED!!
10 March 2009
"surprise..surprise!! starting today, saya nak citer tentang kawan2 saya yang dah lama tak jumpa. Lebih kurang nak lepas rindulah ni..hehe..macam-macam saya nak cerita tentang diorang..macam kami berjumpa..bila kami jumpa..macam mana boleh jadi kawan and banyak lagi..so, selamat berkenalan dengan kawan-kawan saya
Mamat ni mula-mula saya jumpa time minggu mesra siswa UiTM, jumpa kat dalam dewan aspirasi and malam tu ada ceramah agama. Malam tu siswa+siswi kenalah berpakaian yang sopan and mr.hanh ni pakai baju melayu warna purple and siap berkopiah lagi. Kami duduk tak tahu di baris yang ke berapa but hanf duduk kat tepi sekali tapi bukan tepi dinding. Sedang penceramah bercakap kat depan, si hanf ni sibuk duk main henset 3310 dia yang kale hijau muda pudar, mesej kat sape tak tak tahula tu. Mesej punya mesej punya mesej, last sekali saya tengok dia tertidur..haaa..abisla ko kalau o.c nampak.. Tekaan saya memang betul, o.c nampak dia tidur, tapi saya buat donno je..konon2 khusyuk mendengar ceramah katakan..hihi..tapi o.c tu wat penat je gerak dia bangun, lepas tu dia tidur balik..dan saya terus dengan kekhusyukan saya mendengar ceramah dalam kesejukan macam duk dalam peti sejuk kat dalam dewan tu...
Lepas je habis MMS barulah saya tahu yang saya ni sekelas dengan dia rupanya. Mula2 jumpa tu masing-masing sengih-menyengih je tapi one day lepas habis kelas (time tu kelas dah start but kelas apa pun saya dah tak pasti) saya rasa macam nak kawan ngan dia. Maka bermulalah cerita berkawan saya ni. Time tu dia tengah jalan dengan azy and lin nak pegi koperasi and dia nampak saya and ajak saya pegi sekali. Kat koop tu saya rasa macam nak belanja dorang ais-krimlah, so saya pun belilah ais-krim coklat yang harga 80 sen. Satu sorang saya beli tapi bila nak bagi..aikkk??mana pulak dorang pergi ni..takpelah, dorang ada kat luar kut tapi takde jugak. Biarlah, baik aku makan dulu, nanti cair pulak and saya makan kat pondok yang dekat dengan mesin ATM. Tengah duk sedap mengadap ais-krim tiba-tiba saya nampak dorang kat ATM. Saya senyum and dorang datang kat tempat saya.
Tanpa membuang masa..
Kami pun makan ais-krim tu sama-sama sambil kenal-mengenali satu sama lain. Bermula saat tu, kami pun jadi kawan sampaila habis belajar. Nak tahu lagi pasal hanf..
>> setiap sem tukar telefon. dari nokia 3310, tukar ke sony ericson, tukar sony lagi+nokia biasa yang ada lampu suluh, pastu pakai N82+nokia PDa (tak tahu pulak dari jenis apa coz bab2 telefon ni saya tak pakar sangat)..and sekarang apa brand apa tak tahu coz lama tak jumpa
>> gila komputer..sanggup perabis duit untuk beli barang komputer dia..beli motherboardla..monitor LCd yng sama besar ngan tv..kalau dikira harga komputer dia tu rasanya boleh sampai RM2000/RM3000!! tapi sekarang komputer kesayangan yang dinamakan 'HELENA' tu dah kena jual..
>> bapak dia ni tauke kain tudung and kain songket kat pasar MPKB
>>selalu sakit hati ngan dia..why?? adelah..mane boleh tahu. pernah sekali tu time lepas raya saya dah janji nak tumpang kereta dia balik kampus tapi boleh pulak dia tak ingat. masa tu hanya Tuhan je yang tahu sakitnya hati sayaaa, rasa macam nak je sepak terajang dia tu tapi selamat tiket bas ada lagi, kalau takkk.. Bila dah sampai kampus, saya tak tegur dia, padan muka!! tapi kejap je, lepas tu baik balik
>> sometimes, saya jadi image consultant dia..jadi pengkritik image dia..and tolong ikatkan tie untuk dia..huhhh..tak pandai ikat tie?? macam budak sekolah je:D
>> selalu get better marks than me..jeles aku;(
>> seorang yang agak funny..friendly..
>> STATUS :
nilah rupa mr.hanh........2. amacam?? anda rasa dari jenis jambu apa mamat ni..lips tu dia pakai gloss ke?? kwang..kwang..kwang..
07 March 2009
5 Yang Paling Spesel - Orang Yg Masih Bernyawa:
>> Ayah n my mum
>> Fahim (walaupun bukan adik kandung, tapi saya anggap dia macam adik saya)
>> Kak Za, Pijah, Azy, Ayu, Aida n big bro..anam..hehe
>> Classmate saya dulu2
>> Adik-beradik saya
5 Yang Paling Spesel - Makhluk Bernyawa Bukan Orang (Jika Ada):
>> Pokok pisang emas saya
>> Pokok delima saya
>> Pokok bunga kemboja color pink saya
>> Pokok kaktus saya
>> Pokok kat little garden saya
5 Yang Paling Spesel - Harta Benda Yg Memang Tak Bernyawa:
>> Kad pengenalan saya
>> Lesen motor saya
>> Koleksi baju+seluar+tie saya
>> My perfumes
>> Beg baju yang dah lama saya cari..brand stylo..sangat cantik
5 Yang Paling Spesel - Ape2 Yg Jadi Nyawa Anda:
>> Keluarga saya
>> Duit
>> Segala ciptaan Allah..air, udara, cahaya, pancaindera..
>> Makanan dan minuman
>> Rumah
5 Yang Paling Spesel - Penjawab Tag Nyawa Yg Seterusnya:
>> Aida
>> Azy
>> Jacarandaluva
>> Anam
>> Mak cik fiDin
04 March 2009
pagi tadi saya tak perasan motor saya rosak..
bila naik rasa lain je kat tempat letak kaki kat depan..
nak tengok takut terlanggar orang pulak nanti..
nak berhenti takut lambat pulak sampai kat tempat praktikal..
ahhhh..bila sampai nanti tengoklah..
bawa..punya bawa..punya bawa..
akhirnya sampailah juga kat pejabat..
lega..tadi bawa motor betul2 membimbangkan hati..
harini jugak lecturer yang datang lawat student praktikal nak datang..
berdebar..takut..nervous..macam-macam rasa ada..
tapi..cool dowm guy!!
and dalam pukul 1 lebih tadi dia sampai..
hmm..ini rupanya lecturer tu..
sedikit gempal dan cumel..
nama dia miss faizah binti ismail..tapi saya tak pernah pun jumpa dia..
baru lagi kut kat UiTM Dungun tu..
lepas je dia panggil bos, lecturer tu bagi satu form..
"awak isi ni, saya nak cakap dengan bos awak dulu..after this i'll call u"
saya pun isilah form tu sambil curi2 dengar apalah yang dibulkan tu..
ishhh..tak dengar sgtlah..
bialah..saya mengeluh..
lepas je habis cakap ngan bos, dia panggil saya..
bila sampai je kat miss, ada sorang mamat ni tanya something..
and saya pun jawablah..bla..bla..bla..tima kasih..
pastu baru je nak tanya miss.."oklah azizul, i balik dulu" ['_']
huh??tak sempat tanya lagi ni..muka miss nampak lain je..
marah ke sebab layan mamat tadi tu..atau kesensitifan aku je yang rasa macam tu..
takpelah..janji selamat dia takde tanya soalan..fuhhhhh..
motor saya tu pulak macam mana saya nak baiki ni..
nak baiki sendiri tak tahu rosak apa..haaaa!!!
mintak tolong dengan staf kat sinila sebab haritu pun dia ada tolong baiki kereta customer..
saya pun mintak tolong dia..
"mmm..boleh tengok motor saya rosak apa??
dia pun jawab.."ok je"
terus je dia pegi kat motor saya and tengok apa yang rosak..
"hmm..ni bukan rosak, tapi nat no 14 tercabut"
mak aiii..nat tercabut..patutla bawak moto tadi asyik bergesel je..
"pastu, dekat2 sini kedai moto ade ke".."kalau ada mintak tolong belikan boleh tak??"
and sekali lagi dia tolong..
dia tolong belikan nat nombor 14 tu..dia pegi ngan kawan dia..
lepas beli kawan dia tolong pasangkan..saya tengok je sebab tak pandai..hehe..
yesss..dah siap..tapi dari 4 nat, 2 je boleh pasang..2 lagi susah sikit..
yang 2 lagi dia suruh pasang kat kedai..
okla boleh pasang 2 nat je..janji dah tak goyang2..
terima kasih daun keladi..lain kali tolong lagi..
nak tahu sapa yang tolong saya..ni nama dia
TOLONG BAIKI/BELI NAT 14 :
encik mohd faisal
en. fadLi
TOLONG TENGOK :
en. wan yusdi
en. yusmaizi
en. syazli
en. azizul (akula tu)
hahahaha...
so, kepada semua nama di atas (except aku), arigato kozaimas..syukran..thank you..xiexie:)
ok..bye..bye..dah siap taip..
nak balik dulu..
tak sabar nak cubit pipi fahim yang comel..
adik..tunggu..abang dah balik.......
03 March 2009
01 March 2009
Hari ini saya rasa nak discuss tentang masalah negara pulak yang saya rasa dah macam tak betul, kucar-kacir, tunggang-langgang..yang dari sehari ke sehari macam takde solution. Saya tulis topik ni pun bukan sebab saya sokong mana-mana parti tapi saya rasa terpanggil kerana saya juga akan menjadi pengundi pada pilihan raya akan datang. Jadi, tidak ada masalah rasanya jika saya berkongsi pendapatkan kerana sometimes saya rasa tak tahu nak undi yang mana satu.
Al-kisahnya adalah tentang pemimipin dari parti politik yang ada kat Malaysia ni. Macam-macam parti dengan berjuta ragam pemimpinnya. Dari pemimpin peringkat bawahan sampailah ke peringkat atasan. Kisah benar mereka ni boleh tengok kat RTM, siaran langsung perbahasan kat parlimen atau ulangan lepas berita dunia . Time tu anda tanyalah diri sendiri betul ke pemimpin kat Malaysia macam ni??bersikap dan bercakap sebegitu rupa..
Saya sendiri kadang-kadang rasa macam tak sanggup nak tengok ahli parlimen kita berbahas. Yelah, cuba bayangkan seorang yang dianggap pemimpin, belajar tinggi-tinggi, ada pangkat Dato'..Dato' Sri..Tan Sri..Dr..Profesor mengeluarkan perkataan kesat seperti babi, celaka, caci-mencaci, hina-menghina?? Apa mereka ingat parlimen tu kedai kopi yang boleh nak cakap pasal apa pun. Ingatlah sikit, seorang pemimpin yang berpendidikan haruslah tahu bagaimana nak 'bercakap'. Janganlah main hentam saja. Jangan ingat mereka tu dah bagus sangat sebab boleh berhujah di parlimen, they can said anything..helloooooo..sedarlah diri tu sikit. Belajar tinggi-tinggi konon, tapi tak reti nak guna bahasa yang setaraf dengan taraf mereka tu atau dalam bahasa yang sedikit kasar, 'otak letak kat lutut ke". Itulah sifat pemimpin kita yang mungkin sesetengah daripada kita tak sedar.
Seterusnya , relevankah kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita" yang ada kat Malaysia ni?? Kenapa perlu ada kempen sebegini sedangkan pemimpin kita sendiri pun tak pandai nak menghayatinya. Atau kementerian memang mengkhususkan kempen ni just semata-mata untuk rakyat sahaja, bukan untuk golongan pemimpin?? Inilah salah satu perkara terbesar yang terjadi pada masyarakat kita pada hari ini. Seorang pemimpin seharusnya peka tentang perkara-perkara sebegini kerana mereka adalah role model bagi masyarakat janganlah status yang ada itu disia-siakan dengan perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat seperti bertelagah sesama pemimpin. Seandainya masalah ini terjadi, lebih baik jangan jadi pemimpin kerana pemimpin seperti wakil rakyat ini sepatutnya menjaga kredibiliti atau profesionalisme mereka as a leader dan mengutamakan rakyat yang mengundi mereka, bukan mengutamakan diri atau parti masing-masing. Ini kerana, tanpa sokongan rakyat sesuatu parti politik takkan hidup dan bertahan.
Itu mengenai budaya percakapan, seterusnya masalah semasa pilihanraya pulak. Tak kiralah pilihanraya besar atau kecil perkara-perkara ini mesti dan akan terjadi sama ada sedar atau pun tidak. Saya pun hairan, kenapa waktu sebegini baru nak turun padang nak jumpa rakyat, nak tolong rakyat, nak bagi bantuan tu, bantuan ni sedangkan sebelum pilihan raya susah sangat mereka nak turun padang. Kalau ada pun setakat menghantar wakil. Time ni jugak ramaila ahli politik yang sibuk buat ceramah situ sini semata-mata untuk meraih undi. Masa ni jugak kita boleh lihat dan dengar cara mereka berucap. Ada yang berkobar-kobar berucap sampai apa yang mereka cakapkan tu bila difikirkan macam tak berapa nak betul, seperti ditokok tambah. Ada tu yang terlebih-lebih sampai sanggup mengata yang bukan-bukan tentang parti lawan masing-masing. Selain tu, ada juga ahli politik yang bukan bercakap besar tapi terlampau besar tapi bila dah kalah baru tahu malu. Apa kejadahnya cakap besar ni, takde faedahnya. Kalau diperhatikan, pada masa ni jugaklah banyak projek pembangunan yang berharga jutaan ringgit dijadikan taruhan, pelbagai janji disemai di hati rakyat. Andai rakyat undi mereka dapat projek tu, dapat projek ni, lulus itu, lulus ini. Kenapa sekarang baru nak bagi, apa sebelum ni tak boleh bagi? Seharusnya, bagi mereka yang bergelar pemimpin ni, bukan masa nak mengundi baru kita nak tolong rakyat tapi anytime. Sudah menjadi lumrah seorang pemimpin sentiasa sibuk. Kalau tak sibuk tu bukan wakil rakyat namanya.
Selepas pilihanraya dah habis, bagi yang menang jalankanlah tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bagi yang kalah, terima ajelah. Kenapa nak tak habis-habis nak memburukkan parti yang menang. Itu pilihan yang ditentukan rakyat, rakyat yang berkuasa memilih kerana kuasa memilih di tangan mereka bukan ahli politik. Bila dah bertukar kuasa, biarlah mereka meneraju sesebuah negara/negeri dengan cara mereka sendiri. Hal ini kerana, mereka takkan menang kalau tiada kepercayaan rakyat. Begitu juga dengan jatuh bangunnya sesebuah parti atau negara. Seperti yang kita lihat sekarang ni, kenapa ahli politik kita asyik bertelagah. Itu kerana tiada kesepakatan kerana mereka hanya berkepentingan politik untuk menguasai sesuatu kawasan semata-mata dan akibatnya rakyat yang menjadi mangsa. Pemimpin ni juga janganlah sewenang-wenangya mempercayai khabar2 angin yang bertiup di telinga mereka tanpa siasat terlebih dahulu. Bila dah ada bukti kukuh, barulah ambil tindakan kerana kita tak nak kerana bunyi guruh di langit habis air setempayan kita curahkan. Nanti siapa juga yang rugi, tepuk dada tanya hati. Bila rakyat selalu adakan demonstrasi sesetengah orang cakap mereka terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang sedangkan perkara tersebut kadang-kala berlaku kerana rakyat berasa diri mereka teraniaya, rasa tertindas, tertipu. Mengapa sudah 50 tahun kita merdeka tetapi perkara sebegini rupa masih ada pada pemimpin kita, cuba kita fikirkan. Apa yang pemimpin kita nak tunjukkan. Apa kita semua nak pisang berbuah dua kali?? Janganlah nanti sudah terhantuk baru nak tergadah, bila perkara yang buruk terjadi baru nak mengeluh resah.
Sebagai seorang generasi muda saya berpendapat perkara sebegini takkan terjadi sekiranya wujud kesepakatan dalam diri seorang yang bergelar pemimpin. Tugas bekhidmat untuk rakyat dan negara yang terpikul di bahu haruslah dibuat dengan sejujurnya, seikhlas yang mungkin. Jangan kerana kepincangan yang ada tak kira dari mana-mana parti kita kita jadikan isu, jadikan umpan untuk jatuhkan parti lawan. Ahli politik atau pemimpin tu juga seorang manusia, seorang manusia yang tak boleh lari dari membuat kesilapan kerana kita semua tidak sempurna kecuali DIA. Apa yang boleh saya katakan di sini, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak guna kita berkempen, duk canang kebaikan parti masing-masing bagai nak rak situ sini tapi bila dah menang lain pula jadinya. Cuba kita ambil iktibar dari negara-negara yang berperang hanya di sebabkan oleh kepentingan politik. Apa kita nak negara kita yang selama ini aman berperang sana-sini?? Oleh itu, pada para pemimpin..sudah-sudahla tu..
1. Nama penuh dia AIDA NADIAH BINTI ABDULLAH
2. Nama glamour dia yang saya tahu - fairytopia
3. Umur dia sekarang dah 22 tahun
4. Baru je dapat kerja as interior designer
5. Seorang yang kreatif, inovatif..
6. Tersangat amat sekali sukakan PINK..pinkylicious
7. Suka amik gamba..that why dia cakap kalau pergi mana-mana kamera mesti ada dalam beg
8. Suka membaca
9. Ada oven cap butterfly jugak..kitaaa serupaaa..la..la..la~~~
10. Ada anak patung spongebob..kwang..kwang..kwang..
ni pulak 10 perkara tentang saya..malunye nak bagitau..ngeee~~
Nama penuh saya Wan Mohd Azizul Bin Wan Zainudin
Adik-beradik ada 6 orang, anak nombor 2, anak lelaki nombor 1
Suka masak-masak..haritu baru je try buat rolling sardine
Satu perkara yang maybe ramai orang tak tahu..saya tak suka tempat tinggi, saya G.A.Y.A.T..so, pada sape2 yang nak suruh saya panjat pokok mangga, pasang astro, pasang lampu jalan, pasang lampu kelip2, naik titi gantung, cuci kipas, tukar mentol lampu, cat siling, pasang atap rumah, tampal zink berlubang ke..apa ke..mintak maaf banyak2la ye..cari orang lain
Saya jugak tak minat sangat nak bersukan tapi kalau tengok sukan saya suka. Last saya main sukan time darjah 2 haritu, main tolak bola guna kayu hoki..dapat juara tu. Kalau korang nak tahu, muka saya ni pernah kena bola sepakan penalti..yelah, sape suruh ko berdiri kat tiang gol..
Suka kat budak2 yang comel and pipi tombam..geram nak cubit2
Saya ni jugak kalau hendakkan sesuatu mesti kena dapatkan jugak
Cita-cita saya yang dalam proses pembikinan..saya nak buka bakery shop saya sendiri