29 March 2009

SAJAK KELETIHAN

hari ini..
ramai betul orang nak check in resort
tak menang tangan nak melayan
bermain dengan ragam manusia yang macam-macam
peramah
cerewet
ngada-ngada
perasan
maka tarik-menarik mulut mula menjelma
mata juling mula menerpa
hari ini..
mereka tahu bilik lambat sikit siap..kerana..
tangan kami dua..bukan 10
kami manusia..bukan robot..
bila dah dipush..dipaksa..dilaser2..
angin sepoi-sepoi bahasa mula bertiup
naluri untuk memfire..zaSsS..zaSsS..mula meletus
tapi kesabaran masih utuh
demi menjaga hati manusia bernama pelanggan
hari ini..
atas dasar kemanusiaan
ku turut gagahkan diri menjadi pengemas bilik
sekejap ku disitu
sekejap ku disini
ada masa ku berlari
ada ketika ku berjalan
sambil dibakar bahang mentari
kulihat kulitku
hangus sikit
tapi demi menjaga kepuasan hati pelanggan
ku lantakkan juga
akhirnya..siap!!!
hari ini..
ku rasa diriku letih sikit
kepitaman..kepeningan mula bersarang
tapi..
takpe..biarkan..
walau keletihan mencengkam diri

0 Comments:

Post a Comment