22 March 2009

a.K.u.s.a.N.G.a.T.m.a.R.a.H!!!

This time..

aku dah tak boleh sabar..
aku dah geram sangat-sangat..
aku dah tak boleh sabar lagi dengan perangai buruk manusia(bukan nama sebenar) ni..tak habis-habis menyusahkan hidup family aku. Daripada duk bercerita belakang, baik aku luah dalam blog ni. Biar satu dunia tahu yang sekarang ni bukan semua manusia yang luaran nampak baik tapi dalam pun baik. Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Apa yang buat manusia tu tak puas hati pun aku tak tahu. Takde angin takde ribut tiba-tiba suka hati mak bapak dia nak mengata orang yang bukan-bukan. Apa kau ingat kau tu baik sangat. Dasar manusia tak sedar diri, macam nilah. Orang lain semua salah, dia je yang betul.

Kalau dah tak puas hati sangat dengan family aku cakap ajelah, tak payahlah nak mengata, bercerita kat orang lain. Kau nak suruh kami layan family kau tu macam mana, nak dilayan macam anak raja?? balik nak bersambut dengan karpet merah..makan nak dilayan..bercakap kena ikut protokol..nak makan kena yang mahal-mahal..macam tu?? mintak maaflah sedare, kau silap orangla. Kami ni dari golongan yang sedar diri dan bukan dari golongan macam sedare. Kami buat setakat apa yang kami mampu buat dan buat bukan kerana nak tunjuk baik semata-mata. Itu je yang mampu kami bagi. Kalau nak lebih, pergi tempat lain. Apa jijik sangat ke kalau makan ikan kembung..ikan kering..telur goreng.. Tahula kau tu orang bandar tapi bila dah masuk kandang kambing pandai-pandaila nak mengembek. Takkan nak mengaum pulak kut. Time nak balik bukan nak cakap dulu, tiba-tiba dah sampai. Sepatah pun tak bagitau cakap nak balik. Pastu pandai pulak mengomen kata kat umah tu takde makanan. Dahtu sape suruh ko balik tak cakap awal-awal. Bila orang dah masak pulak, tak nak makan. Takpelah kak, dia tu ajak kitorang pegi makan umah dia..takpelah kak, kitorang dah suruh orang tu masak..takpelah kak kitorang dah makan tadi. Tak ke kurang siuman tu. Kalau manusia ni bawa balik makanan memang takkan makan selain dari bilik dia. Apa, dia ingat kami ni hadap sangat nak mintak makanan kau tu. Lepas tu bila tak habis, dah nak expired baru nak bagi kami. Heii manusia, ko ingat kami ni binatang ke nak bagi sisa-sisa macam tu.

Bila dah balik umah pulak, semua benda dalam rumah tu serba-serbi tak kena. Nak berjalan tak boleh ada bunyi, kena pakai baju yang penuh kesopanan dan keislaman, pasang tv tak boleh kuat-kuat(kalau boleh takde suara lagi baik!!), tak boleh pegi keluar lama-lama and banyak lagilah pantang larang bila manusia ni balik. Wah3..pandai betul ko nak mengajar kami. Sepatutnya kami yang ajar family ko macam mana nak hidup tanpa susahkan hidup orang lain. Bukan setakat anak kau yang patut diajar tapi mak bapak pun kena ajar jugak sebab sama kurang ajar dengan anak. Saya tak sangka, manusia yang selama ni saya hormat rupanya setan bertopeng manusia. Sanggup makan daging saudara sendiri. Kau cakap kat orang lain yang kami ni sombong tapi saya nak tanya. Bila kau balik anak-anak kau tu ada cakap dengan adik aku?? ada? takdekan.. Bila balik je duk terperap dalam bilik, nak keluar sepatah pun tak bagitau. Nak bersembang lama-lama jauh sama sekali.

Si bini pulak, bab2 tutup aurat memang kepakaran dia. Tudung tu bukan main labuh tapi mulut tak pandai pulak nak tutup, tahulah gigi awak tu mancung. Anak perempuan pun macam mak jugak, 24 jam jadi 'muslimah sejati'..nak mandi pun pakai tudung..bagus betul anak dia ni. Tapi tu untk anak dia je, anak orang lain semua tak betul. Tu yang duk sibuk meniaga t-shirt muslimah tapi tak laku..wat kelakar betul. Kalau nak jadi muslimah wajib pakai baju macam tu 24 jam ea..memang tak boleh pakai betul. Apa dia ingat baju lain tak boleh pakai. Nak tutup aurat tak semestinya pakai baju tu mak nenek oiiiii. Nak jadi muslimah sejati konon, tapi haritu aku tengok anak kau tu pun pakai seluar ketat, anak perempuan yang umur 5 tahun tu pun pakai skirt singkat jugak. Itu hal anak perempuan, anak laki dia lagi hebat, sungguh teramat hebat. Kenapa aku cakap macam tu?? yelah, anak orang lain mana hebat macam anak dia. Stail anak dia memang hebat..pakai rantai tali kasut, hisap rokok, kadang-kadang boleh jadi pencuri yang hebat.. Bagi bapak dia, itulah anak kesayangannya. Buat apa pun, bapak tak kesah. Alahai, buta ke apa bapak dia ni. Tahulah dia tu bukan dari jenis yang tahu malu tapi takkanlah anak buat kerja macam tu pun tak reti nak ajar. Bila orang kata mak bapak tak reti didik anak tahu pulak marah tapi bila anak orang lain buat silap, pandai pulak nak mengajar. Siap bagi penampar free lagi. Bukan saya reka cerita tapi benda ni berlaku depan mata saya sendiri. Padahal salah budak tu bukannya teruk sangat. Sedangkan mak sendiri tak pernah tampar anak sendiri ni pulak dia suka hati kepala lutut dia nak tampar-tampar anak orang. Anak dia sendiri nak cubit pun tak berani. Kelmarin mak aku cakap yang bini dia ni cakap kakak aku ni anak sedare kesayangan. Dasar pendengki betul. Sedar diri pulak dia yang takde sape sayang kat anak dia. Manusia mana yang nak sayang kat spesis manusia macam tu kalau mak bapak sendiri pun kepala otak tak betul, anak lagila tak betul. Sekarang ni orang yang dia hina sangat dulu dah jadi lagi bagus dari anak dia, lagi cerah masa depan dari anak dia and lagi berguna dari anak dia.

Disebalik apa yang dorang dah buat kat family aku selama ni, aku rasa macam Allah dah bagi balasan kat family ni. Sebabnya, anak-anakdia dah jadi macam tak betul, asyik lari dari rumah, mencuri tak sudah-sudah, bini pulak dah jadi lain. Iyelah, dulu konon-kononnya nak jadi ibu mithali, isteri muslihah tapi sejak akhir-akhir ni aku tengok bukan saja dah melencong jauh sangat tapi juga dah terpesong. Tambah-tambah lagi bila aku dengar yang dia ni nak dapat anugerah guru cemerlang tapi title tak dapat satu kampung dicanang nak suruh orang tahu. Cehhh..cemerlangla sangat. Bila dah dapat title tu nanti bolehla dia further study balik kat U. So, lepas ni alamatnya bolehla kami dengar dia bagi ceramah motivasi bagaimana nak jadi macam dia. Alah,kalau setakat dapat berjuta-juta award pun tapi perangai masih lagi seburuk-buruk manusia aku tak heran sangatla. Sekarang ni bolehla dia nak 'berhidung tinggi' tapi bila hidung dah patah sebab dah jatuh tersungkur menjilat pasir tergigit batu jalan, barulah dia tahu nanti yang langit ni tinggi ke rendah. Tahu yang setiap perbuatan manusia ada balasannya. Aku pun ada kadang-kadang terpikir dorang ni gila ke. Yelah, orang gila kat umah aku tu walaupun dia tu gila tapi dia tak pernah pulak nak kacau hidup orang tapi 'mereka-mereka' ni tak gila tapi berlagak gila sebab selalu menyusahkan hidup orang especially hidup keluarga aku. Memang patutlah bilik dia bau busuk, sesuai untuk orang yang berhati busuk.

Lastly, maaflah pada sapa2 yang terkejut time baca blog ni sebab bahasa yang saya guna this time agak sedikit kasar. Bukan apa, saya rasa tahap kesabaran saya kali ni dah tak boleh nak bendung lagi. Kalau saya sorang yang kena saya boleh terima tapi bila dah libatkan satu family especially my mum, tu dah benar-benar menguji kesabaran saya. Just STOP IT!! dahla menyusahkan hidup orang. Kita manusia ni bukannya perfect sangat pun, tak boleh lari dari buat silap. Tak guna kita sembahyang 24 jam tapi hati busuk, tak guna kita pakai tudung labuh tapi mulut tak reti nak tutup, tak payah kita berlagak baik depan orang tapi kat belakang kitalah sejahat-jahat makhluk Tuhan. Kepada family tu, tak payah susah-susah nak betulkan family orang tapi family sendiri pun tunggang-langgang, tak payah susah-susah nak hayun tangan tampar anak orang kalau anak sendiri tak betul........tak payah nak berlagak baik kalau saudara sendiri selalu dihina...ingat sikit syurga neraka..Allah Maha Berkuasa..andai doa kami termakbul, mintak maaf banyak-banyak.......

6 Comments:

  1. Fairytopia said...
    ntah nape..
    tibe2 saya terasa dgn kata2 awk:(
    1_aZiZuLzaiNuDiN said...
    maafla kalu awk trsa ayt sy tu kasar..
    tp this time dorng mmg da kterlaluan..n btul2 cabar ksabaran sy..
    sjk family sy tnggal kt umah tu smpi skrg ad je y dia x puas ht..
    family sy dh bnyak sngt makan hati tp ap y blh kami buat..
    sabar ngan mintak ngan Allah jela biar 'manusia' 2 sedar diri....
    1_aZiZuLzaiNuDiN said...
    kalu awk kt tmpat sy..awk rs macam mane??
    faiRytOpia said...
    dunno.
    hamba Allah said...
    salam..
    awk..
    kalau tak puas hati kat org tu, kan..
    adelah yg tbaik..bawa bbincang..
    kalau awk kutuk2..
    x gune jugak..
    bukan apa..
    sbb kalau awk kutuk depa..
    awk dpt dosa ade la..
    kan yg tbaik..bawak bbincang, tegur mana yg salah..
    kalau awk balas kejahatan jugak..x guna..dia dpt pahala, awk dpt dosa..sbb awk kutuk dia..
    dia dpt pahala sbb dia dikutuk..
    kalau boleh buat cth yg tbaik..jdkan diri adalah tbaik..
    nanti mesti dia malu sendiri..
    mmg, tkadang..
    manusia buat2 tak malu..
    tapi fitrahnya manusia ni adalah ke arah kbaikan..
    kalau die bg tuba, awk balas susu..
    msti die terpk jugak satu hari nanti..
    patutkah macm ni..
    dlm pd tu..
    doakan jugak..supaya sama2 diberi ptunjuk..
    sy tekankan..
    x elok awk kutuk2 die mcm ni...
    sbb semua manusia ade kekurangan..
    kalau awk fikir awk teruk dihina mcm tu...
    bagaimana ngan org lain..??
    ade sesetgh org lain..
    dahlah dihina, difitnah..
    pastu di` buat` pulak..!
    manusia2..akhir zaman awk..
    mmg kita kena sabar..
    yg penting kita jgn buat mcm tu dgn org..
    jgn kutuk org..x mustahil kita akan dpt balik..
    nauzbillah..
    sy rase..mungkin Allah nak uji keluarga awk..
    Dia nak hapuskan dosa2 keluarga awk..dgn ujian kesabaran ni..
    awk sabar sjlah..
    kalau dah geram, berbincang dgn keluarga..
    dan buat keputusan yg tbaik dgn bersemuka dgn dorang..
    bagith elok2...
    kalau kutuk2..ngumpat dibelakang..
    dosa byk..masalah x selesai..
    jd,,bila marah, rasionalkan diri..
    jgn btindak tburu2..
    Allahu` alam..
    maaf kalau buat awk marah lg..tapi hakikatnya, sy sbg hamba Allah hanya menegur..
    maafkan kekhilafan sy ya..:]
    1_aZiZuLzaiNuDiN said...
    saya tahu..
    niat saya bukan nak mngutuk..
    tp hnya untuk berkongsi masalah..
    nak meluahkan sgala masalah..
    mmg saya bg susu kt mreka, tp biasalahkn, mnusia..
    hati je sm bentuk tp ap y ada dlm hati tu spe tahukan...

Post a Comment