25 January 2009

FIKIR-FIKIRKAN..

Mestikah kita berubah??

Kenapa perlu berubah??

Tepuk dada tanya selera. Tetapi untuk berubah kita perlukan azam, semangat dan niat untuk benar-benar berubah. Manusia berubah dalam banyak style..berubah dari jahat jadi baik..malas jadi rajin..gemuk jadi kurus pun kira berubah jugak tau sebab bukan senang nak jadi kurus balik..susah tu..

Tapi nak berubah mestilah betul-betul, bukan untuk suka-suka..bukan hangat-hangat @*(?: ayam!! kalau macam tu baik tak payah berubah. Sesetengah orang berubah lepas something happen to them but sometimes berubah bila dia rasa dia mesti berubah.

Bercakap tentang berubah ni, saya teringat satu kisah yang pernah saya tengok kat tv few days ago..best cerita tu.. Cerita yang mengisahkan tentang seorang manusia yang cara hidupnya jauh menyimpang dari norma-norma hidup sebagai seorang islam khususnya. Hidup dalam serba kemewahan tapi kurangnya kasih-sayang dan perhatian ibubapa yang buat dia jadi macam tu..pergaulan bebas, black metal..sembahyang jauh sama sekali sehinggalah dia kena belasah and dijumpai seorang pemuda miskin dan bermulalah 'proses pemulihan' dalam hidup dia.

First day di rumah kayu yang usang, panas, makan berlaukkan ulam..nak makan ayam jauh sama sekali, nak makan ikan pun kena pancing kat sungai memang sukar bagi pemuda tu sampai dia sanggup maki hamun tuan rumah dan dengan sombong dia cakap "rumah aku semua pakai air-cond!!". Pastu tahu apa anak tuan rumah tu balas balik?? Dia cakap "nanti dalam kubur awak nak pakai air-cond jugak ke??" haaa..amik ko..terdiam..terkedu pemuda tu.. Beberapa hari kat rumah tu memang banyak mengajar dia tentang kehidupan yang sebenarnya. Yelah, tuan rumah dengan family dia orang alim.

Lepas je sembuh, pemuda tu pun baliklah rumah dia kat Kuala Lumpur dan tergerak di hatinya untuk mengajak teman-teman dia untuk berubah tapi dorang tak nak. Bila dah balik rumah pula dia tak rasa macam tinggal dalam rumah sendiri. Ayah beragama Islam tapi selalu mabuk, mak pula pakai tudung and selalu panggil kawan-kawan mengaji kat rumah tapi bila sampai turn..sorryla, im period..Al-Quran pula mertimbun-timbun dalam almari buat perhiasan, buat amal pula just untuk glamor.. So, dia nekad yang dia mesti berubah and dia buat keputusan nak balik kampung tempat dia kena belasah.

Di kampung tu banyak dia belajar untuk menjadi seorang manusia yang beragama Islam..tahu membaca Al-Quran, solat..tapi manusia hanya merancang dan DIA yang menentukan. Umur pemuda tadi tak 'sepanjang' yang diharapkan. Dia meninggal sebab penyakit yang dia rahsiakan dari semua orang. Saya pun tak tahu dia sakit apa..

So, moral of the story is Allah sentiasa membuka pintu taubat bagi semua umatnya. Jangan harapkan sesuatu untuk berubah tapi berubahlah sebab kita mesti berubah. Awal perubahan kita memang sesuatu yang sukar untuk diterima orang lain tapi setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah nak uji sekuat mana kita nak berubah sama ada untuk selamanya atau untuk sementara. Pada yang ingin berubah atau dah berubah haruslah tabah dan cekal menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. Andai rasa lemah tak berdaya minta pada Allah semoga semua masalah itu dapat kita hadapinya dengan tenang. Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian..bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Jadi....fikir-fikirkanlah:)

24 January 2009

SALAM UKHWAH:)



CINTA..LOVE..WO AIIII NI!!!!

Ada apa sebenarnya pada cinta?? Terlalu banyak untuk ditafsirkan tentang cinta dan ada orang kata cinta itu buta. Betulke?? Tapi apa pun orang kata, pada aku..cinta adalah satu rasa kurniaan Yang Esa pada manusia yang boleh dirasa tapi tidak mungkin dapat kita pegang.

Fitrah manusia memang dilahirkan untuk menyintai dan dicintai. Tapi kadang-kadang manusia lalai dengan cinta yang membungkus diri mereka..terlalu taksub dengan cinta hingga lupa batas-batas yang ditetapkan. Yelahkan, orang cakap time bercinta nilah saat paling best..kentut jadi wangila, pijak semut tak matila, u jump i jumpla..tapi bila dah frust menonggeng melalak melolong tak tentu pasal, mengalahkan orang gila.. Yang parah lagi, siap bunuh diri. Nauzubillahiminzalik!!! Allah marah sangat dengan perkara macam nie. Kenapa nak bunuh diri. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..yang patah tumbuh, yang hilang berganti. So, tak payahla nak peningkan kepala berfikir benda-benda nie..

Kalau asyik bercinta tapi satu pun tak pernah kekal tu maknanya jodoh kita dengan orang lain. Mungkin seseorang yang lebih baik dari sebelumnya. Kita cuma merancang tapi Allah yang tentukan. Satu yang perlu kita ingat ialah segala perkara atau masalah yang terjadi atas diri kita adalah ketentuan dari-Nya supaya kita menjadi seorang manusia yang tabah, sabar dan kuat. Bila bercinta cara 'semulajadi' okla tapi ada jugak manusia yang sanggup gunakan bomoh untuk pikat orang yang mereka suka..syirik tu, berdosa besar tu..

Kes cinta yang ni pulak paling saya tak faham-sefahamnya..playboy and playgirl. Dua jenis manusia yang tak boleh nak setia pada yang satu. Macam tukar baju, lepas pakai buang. Tapikan dorang tu takde hati perut ke. Yelah, kalau kata takde perasaan takkanlah boleh bercinta. Manusia macam ni suka sangat mainkan perasaan orang tapi bila kena kat kepala sendiri barulah dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Apa dia ingat hati dan perasaan ni macam bola, boleh ditendang kesana-kesini.

Itu bab cinta manusia+manusia tapi cuba kita renungkan sejenak tentang cinta manusia+negara, contohnya saudara kita di Palestin. Selama berpuluh-puluh tahun mereka hidup mereka sengsara angkara Israel laknatullah..tapi demi cinta pada negara mereka sanggup berkorban apa pun demi menjaga negara demi masa depan anak bangsa mereka. Cuba renungkan seketika bagaimana mereka berhadapan dengan senjata canggih Israel sedangkan mereka hanya guna senjata yang 'biasa-biasa' tapi demi mempertahankan sebuah kedaulatan negara mereka, batu pun boleh jadi senjata nuklear mereka..itulah hebatnya dugaan yang mereka lalui. Bukan sehari, tapi berpuluh-puluh tahun!! Kita ni, frust bercinta dah tumbang..

Oleh itu, nasihat saya pada golongan yang becinta, bila dah putus cinta nanti janganla buat perkara bukan-bukan. Kalau diri sendiri yang merana jiwa, bakul dan raga takpe tapi jangan susahkan mak bapak kita. Kesian nanti. Minta pada Allah agar dapat jumpa dengan jodoh kita and bila dah dapat janganla nak menggatal nak pakai sparepart or nak berskandal-skandal. Tu yang sebab hubungan tak kekal..sebab tak ikhlas and jujur dalam bercinta..bila dah bercinta jangan ikut nafsu pulak. Sanggup serahkan segalanya untuk nak buktikan 'i lap u veri mas'..cuba jadikan cinta warga Palestin as a guide to us to have a better life!! barulah cinta itu lebih bererti:)

Itulah nasihat saya pada mereka-mereka yang berkasih dan yang bakal berkasih..akhir kata, mari kita renungkan kata-kata di bawah........:)



CINTA AMAT MAHAL TAKRIFNYA..

ITULAH YANG DIFITRAH ALLAH KEPADA HAMBANYA..

CINTA HANYA TERTULIS PADA PERKATAAN..

GAGAL DILIHAT PADA ZAHIRNYA..

KERANA CINTA ITU TANGGUNGJAWAB DIMANA WUJUDNYA KESETIAAN DAN KEJUJURAN DI DALAMNYA..

JUJUR PADA YANG SETIA..

SETIA PADA YANG KASIH..

KASIH PADA YANG RINDU..

RINDULAH PADA YANG MENYAYANGIMU..

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DICARI..

CINTA JUGA TAKKAN DAPAT KALAU TIADA YANG MEMBERI..

TAPI MENCARI BIARLAH PADA YANG SUDI BUKAN MEMINTA PADA YANG SIMPATI...