23 February 2009

SEBUAH KEHIDUPAN



lembah kehidupan adalah padang ragut yang terjal..
dunia tak pernah menjanjikan apa-apa kecuali buat mereka yang gigih dan keras bekerja..
kadang waktu dalam kalut diberi..
pasti ada yang tercicir..seri..
dan dalam lembut menyapa ada lidah kelu untuk menjawab..
soalan sering datang menerpa..
namun jawapan tiba terlalu lewat ataupun deras melibas..
siapa yang pantas pasti menang..
siapa yang lambat pasti kalah..
inilah hakiki sebuah kehidupan..
bagi putaran waktu seorang manusia..

ANSWERING THIS..

Do you think ​the last girl you spoke​ to cares​ for you?
*Dont know..

Do you belie​ve what goes aroun​d comes​ aroun​d?​
*Yup.. and it really happen to me!!

Did you cry today?
*Nope..

What was the last thing​ you typed​?
​*Reply my fren's comment at friendster..

What are you doing​ tomor​row?​
*Practical always..

Whose​ bedro​om were you in last?​
*My auntie..

How is your hair?​
*Hmm..biase je..but im prefer to always look simple..not like ultraman hair..haha:D

When was the last time someo​ne told you that she in love with you?
*NEVER..

How were you feeli​ng last night​?​
*Tired..sleepy..

Are you diffe​rent now than you were 5 years​ ago?
*Yup..totally different..bigger than 5 years ago ..​

Who was the last perso​n you talke​d to?
*My mum..

What are you think​ing about​?
​*Finish my study and open my own bakery..

Regre​t doing​ anyth​ing?
​*Sometimes..

Do you give out secon​d chanc​es too easil​y?
*Depend..

Do you want to see someb​ody right​ now?
*Yup..my little adik..fahim

How'​s your day going​ so far?
*As usually..nothing different..

When was the last time you were sick?​
*Two days ago..happen before i baked a birthday cake for my fren..nervous punye hal..

Do you cry often​?
​*No..and i dont know when the last time i cry..

Do you love your frien​ds?​
*Of coursela..azy..ayu..pijah..k.za..intan..k.ummi..all my classmate..aida

Are you looki​ng for your soulm​ate?
​*hahahaha..im trying rite now..

What'​s your favor​ite colou​r?​
*Purple..blue..black..red..green..

Does the perso​n you like like you back?​
*Hmm..not easy to answer it..same hair color but different heart..haha

When is your birth​day?
​*29/08/87

When is your couple birthday?
*Like i said before..never have a cauple yet maaaa..understand?

What woke you up this morni​ng?
​*My mum..help her to prepared food..selling maa..nasi belauk..nasi lemak..nasi kerabu..

19 February 2009

arghhh!!

something happen to me..
tak sangka betul..
terkejut gila aku..
macam nak tumbuk je muka dia tu..
eeeee..gila ke ape??
ya ALLAH, lindungilah aku dari buat benda macam tu..
nauzubillahiminzalik..

16 February 2009

SPECIAL TO YOU..

jeng..jeng..jeng..
SURPRISE!!!!
ni gamba kawan saya
namanya aida nadia binti abdulLah
tinggal di Melaka
sekarang dah kerja di sebuah syarikat namanya..ntahlah, tak ingat
dia kerja as interior designer
sape2 nak suh dia design anything bagitahu je dia
design dia cantik..very creative and innovative
by the way
hari ini...
HARI JADI DIA YANG KE 22
so, i nak ucapkan..


SELAMAT HARI JADI KE 22

SEMOGA PANJANG UMUR

MURAH REZEKI

SENYUM SOKMO

SUCCESS SOKMO

BE A GOOD MUSLIMAH

MAY GOD BLESS YOU ALL THE WAY:)
and ucapan dalam versi omputih pulak..

hope ur special day brings you all that your heart desires!!

wishing you a day full of pleasant surprises!!

HAPPY BIRTHDAY

SWEET 22

15 February 2009

rimaslah...

Harini saya nak cakap tentang :

berleter..
ungkit-mengungkit..

satu..

kenapa ada sesetengah orang suka berleter??
best sangat ke berleter??
sape yang suka berleter ni??
perempuan atau lelaki??

Soalan tu, lu pikirla sendiri..tapi, orang yang suka membebel ni mesti ada sebab kenapa dia membebel. Maybe dia tengah marah, tak puas hati sebab tak ikut kehendak dia, atau lebih parah sebab dia memang suka membebel. Yelah, hajat nak jadi penceramah tak tercapai akalmu katakan. Selalunya, orang macam ni kalau tak membebel dalam sehari mesti tak sah, mulut tu rasa semacam je. Kata orang, kalau bab-bab membebel ni bidang kepakaran orang perempuan..betul ke?? Kadang-kadang tu orang lelaki pun suka membebel jugak tapi hanya segelintir sahaja.

Anda rasa ada tak sapa-sapa yang tak pernah kena bebel?? Tipulah kalau anda kata tak pernah kena bebel. Kalau tak kena bebel dengan mak bapak kena bebel dengan bos, kawan2. Bila kena bebel atau dileteri ni mesti kita rasa rimas..lemas..dan pedas. Rasa macam nak je gam mulut orang yang suka membebel ni. Daripada dia membebel baik dia mengajikan elok tu.. Berzikir ke..ni tak, silap sikit je nak membebel. Seorang kawan saya pernah bagitahu saya yang dia selalu kena bebel. Kadang-kadang dengan mak dia, kawan dia pun selalu membebel kat dia. Sebabnya, dia pun tak pasti. Yelah, kalau kena bebel time silap buat keje takpelah jugak..ni keje dah betul pun nak bagi 'lecture' jugak. Padahal nak marah kat orang lain tapi kita pulak jadi mangsa. Tak patut betul.

Bagi mak bapak yang tugas hariannya temasuklah membebel, control-controlla sikit. Bukan apa, takut nanti anak jadi kurang ajar sebab tension hari-hari kena bebel. Anak baik sekalipun tapi kalu dah tak tahan pun boleh jadi biadap. Sapa yang susah nanti? mereka dan keluarga mereka jugak yang susah. Lagi satu, saya pernah terbaca di surat khabar yang ibu bapa yang suka membebel ni hubungan dalam keluarga mereka tak berapa 'happening'. Bagi mereka mungkin itu salah satu cara untuk mendidik anak tapi kalau cakap elok-elokkan lagi molek, masalah pun cepat selesai dan yang paling penting ianya tak menyusahkan orang lain.

................................................

psSstt..kadang-kadang saya pun kena bebel jugak tapi buat dont know je..pekakkan telinga

dua...

kisah yang kedua ni pun semua orang mungkin pernah alaminya. Acara ungkit-mengungkit, bukan jangkit-menjangkit. Benda ni pun selalu terjadi dalam hidup kita sama ada kita sedar atatupun tidak. Tapi, untuk pengetahuan semua orang..mengungkit ni tak baik tau coz boleh menghapuskan pahala pemberian kita tu. Buktinya, Allah berfirman :

‘Orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti hati (perasaan penerimanya), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih’.

Surah al-Baqarah : 262

'Wahai orang yang beriman, janganlah kamu membatalkan (pahala) sedekahmu itu dengan mengungkit-ngungkit dan menyakitkan hati (penerimanya)'

Surah al-Baqarah : 264

So, ini bermakna yang Allah pun tak suka kita mengungkit-ngungkit kebajikan yang kita dah buat. Yelah, benda macam ni nampak sangat yang kita buat amal tak berapa ikhlas. Elok-elok dapat pahala, sekelip mata je boleh hilang. Kisah yang ni pun kawan saya pernah alami. Biar saya namakan kawan saya tu Mr.M. Mr.M ni dia tinggal di Johor dan sekarang ni sedang belajar di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor. Kisahnya begini, Mr.M ni ada seorang kawan yang memang baik orangnya sebab selalu tolong Mr.M time dia susah. Suatu hari Mr.M dapat mesej dari kawan baik dia tu. Buka je mesej jantung Mr.M berdegup kencang. MasyaAllah, dia beristighfar. Mesej yang dia dapat tu memang dahsyat. Kawan baik dia menyumpah dia sebab something (rasanya tak payah tahulah ye..) yang Mr.M dah buat. Bukan setakat menyumpah, tapi segala kebaikan dan pertolongan yang dia buat untuk Mr.M habis diungkitnya. Adalah jugak dalam 5,6 mesej budak tu hantar kat dia. Menggeletar dia baca mesej yang kawan dia hantar tu, nak menangis pun ada jugak. Kesalahan yang Mr.M buat tidaklah seteruk kata-kata maki yang dia dapat. Akibatnya, mereka tak bertegur sapa kira-kira tiga minggu je. Tapi sekarang dorang dah jadi kawan balik. Begitulah kisahnya...

So, pada mereka-mereka yang yang selalu buat amal, janganlah kita mengungkit segala perkara yang kita pernah buat pada seseorang. Jangan kerana marah, habis kita maki hamun kawan kita sendiri, ungkit-mengungkit atau yang teruknya putus kawan. Nauzubillah... Sedangkan Nabi sendiri pun ampunkan umatnya, inikan pulak kita. Nabi Muhammad pernah bersabda :

‘Tiga orang yang Allah tidak (mengajak) bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan melihat mereka dan tidak pula menyucikan dan mereka tetap mendapat seksa yang pedih’. Rasulullah mengulangi ucapan itu sampai tiga kali lalu disambut Abu Zar; ‘Betapa kecewa dan ruginya mereka. Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?’ Jawab baginda; ‘Orang yang melabuhkan kainnya sampai di bawah buku lali (bermaksud bersikap sombong); orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang menjual barang perniagaannya dengan sumpah palsu’.


Selain dimurkai Allah, sifat memuji-muji diri sebenarnya lebih cenderung meruntuhkan martabat individu itu sendiri pada pandangan orang lain sebenarnya. Elok-elok orang suka kat kita tapi lepas tahu kita suka mengungkit mesti dorang jauhkan diri. Sifat memuji diri sendiri serta berbangga diri ini juga lama kelamaan akan menyemai rasa sombong di hati manusia. Sebabnya kerana menganggap orang lain lebih lemah dan tidak setaraf dengan kedudukannya. Lantaran itu, sifat memuji diri sendiri harus dijauhi kerana ia akan menimbulkan kesan negatif bukan saja di kalangan individu, malah anggota masyarakat lainnya.

........................................................................


‘Apabila perasaan bangga diri meresap ke dalam pemikiran seseorang sama ada orang biasa atau terkenal, kebijaksanaannya akan hilang pada kadar yang sama’ - Imam Ghazali

12 February 2009

40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK

  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungi mengenai zuriat
  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungi mengenai zuriat
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
  5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
  6. Jarang bersama anak sewaktu mereka sedang makan
  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
  9. Kurang melahirkan kasih sayang
  10. Sering mengeluh di hadapan anak
  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
  13. Tidak menitikberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
  14. TIdak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
  15. Tidak memprogramkan masa riadah anak-anak
  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
  17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
  18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
  20. Terdapat jurang komunikasi antara ibubapa dengan anak-anak
  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
  22. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
  23. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
  24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
  25. Memberi kebebasan berlebihan kepada anak-anak
  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat kepada anak-anak
  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
  30. Tidak memberi perhatian kepada buah fikiran anak-anak
  31. Tidak berminat melayan kemusykilan atau pertanyaan anak-anak
  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
  33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
  34. Hukuman tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
  39. Tidak tegas mendidik anak-anak
  40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku "40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK" oleh Dr. Hassan Ali

07 February 2009

[[ naSi gOreNg waRna meRahku ]]

Semalam, lepas je habis sembahyang Maghrib aku terus ambil al-Quran yang aku letak kat atas almari. Niat di hati kalau boleh nak baca sampai Isyak. Sehelai demi sehelai aku baca sampaila satu saat aku terdengar satu bunyi yang sungguh ku kenali..perut ku sedang menyanyi!! adoiii..orang tengah sedap mengaji, dia pun nak 'mengaji' jugak. Ingatkan tak nak makan malam ni. Ahhh..malas aku nak melayan perut ni. Padahal tengahari tadi dah makan nasi, takkan lapar lagi kut.

Tapi orang cakap baik makan dulu lepas tu barulah sembahyang, takut nanti sembahyang tak khusyuk..asyik teringat kat nasi je. Haa, baru aku ingat yang kat dalam peti ais ada kacang botor, nasi pagi tadi yang tak habis pun ada lagi. Kalau masak nasi goreng ni mesti bes. Habis je mengaji aku terus ke dapur. Apron warna oren yang cantik tergantung kat dinding aku ambil pakai. Kebersihan tukan separuh daripada iman, so kenala jaga kebersihan walaupun bukan nak masak untuk orang lain.

Sebelum nak masak kenalah ready bahan2 dulu, nanti taklah terkejar-kejar nak ambil bahan. So, mula2 aku potong sayur, then hiris daging kecik-kecik, kupas bawang merah, bawang puith and my favourite..cili..tapi mana pulak cili ni. Dalam peti ais tadi takde, kat atas meja masak pun takde. Aku pun...

"Maaaaa, mane cili!!!"

and jawapannya...

"cili dah habisSss!!!"

Alamak..cili habisla pulak. Kalau tak letak cili mana ada umphh..kalau letak sambal lada pulak takut rasa lain macam pulak. Tiba-tiba aku terpandang cili kering atas meja. Ahh!! lantaklah guna cili kering pun, janji cili. Dengan excitednya aku pun potongla cili kering tu dengan jayanya. Lepas semua dah ada, aku pun blendla bahan tumisnya. Blendla senang, kalu nak menumbuk guna lesung lambat pulak boleh makan nanti.

Alamak lagi sekali..benda yang aku blend tu jadi warna merah. Adusss..parah..parah..habisla nasi goreng aku jadi warna merah jugak. Lagi sekali aku biarkan jugak benda tu. Biarlah nak jadi warna apa pun, yang penting sekarang perut mesti diisi. Seterusnya jom kita menumis tapi sebelum tu kenalah panaskan minyak dulu. Oleh sebab guna cili kering, so menumis pun take time sikitla sebab nak bagi cili tu garing dan dengan rasa malas nak menunggu aku apa lagi..pasang api yang paling besar sebesarnya. Tapi kena kacaula, nanti tukar warna hitam pulak. Lepas dah agak2 garing aku pun masukkanlah benda2 sampingan yang lain. Masukkan sayur, daging, kicap and last but not least..garam..garam. Bak kata Chef Kamarul, nak masak ni kita kena guna hati. So, kalau orang lain masukkan garam secukup rasa tapi bagi aku..masukkan garam sesuka hati!! hahaha..

Lepas tambah garam, aku rasa. Mmm, tak rasa apa-apa lagi ni. Tambah garam lagi..rasa lagi..tambah lagi..rasa lagi..tambah lagi..rasa lagi sampaila satu saat......aku bermonolog sendirian..

"Aiii, seronoknya aku tambah-tambah garam. Nak bagi orang dapat darah tinggi ke. Nanti kalu masin sangat, lepas tu kalau mak aku makan..alahai..silap haribulan boleh masuk hospital ni.."

Aku pun stopla masukkan garam and rasa nasi goreng aku tu untuk kesekian kalinya. Hmm..bolehla rasa macam ni pun. Macam-macam rasa ada..masin..pedas sikit-sikit..tapi macam takde rasa pun ada jugak. So, siapla nasi goreng kale merah aku tu. Tak pernah dibuat dek orang nasi goreng kale merah, aku je yang boleh buat. Bila terpandang je nasi goreng aku yang kat dalam kuali tu barulah aku perasan..

"Banyaknya aku masak. Mesti tak habis makan ni"

"Tapi takpe, tak habis makan boleh simpan dalam peti. Esok boleh panaskan balik. Membazir ni amalan syaitan"

Kami pun makanlah nasi goreng tu. Ingatkan tak sedap tapi adik aku siap menambah lagi. So, sedaplah tu maknanya. Mak aku pun tak komplen apa-apa..senyap je makan. Selalunya dialah yang duk komplen nasi goreng aku masinla, guna lesung lagi sedap, tambah tula, tambah ni.. Akhirnya, Alhamdulillah..kenyang. Pada yang rasa nak cuba resipi nasi goreng warna merah aku ni baik tak payah sebab bukan senang nak masak. Mesti ada deria rasa yang cukup peka terutama sekali time nak menambah garam. Kalau tak, silap haribulan boleh keracunan makanan..hahaha..

Alahai nasi goreng warna merahku...

05 February 2009

hahaha:D

citernye macam ni..
tadi aku tengah termenung sambil tengok budak-budak sekolah buat latihan merentas desa..
and tiba -tiba...
vroooo...vrooom...
ada dua orang budak laki bawa moto sambil tunjuk skill kat buda-budak pompuan yang tengah training tu...
ku sangka panas hingga ke petang..
rupanya hujan ribut di tengahari..
nak tahu apa jadi kat budak laki tu??
dorang terjatuh...hahaha..
dahla dapat sakit..malu pun dapat gak sebab kena booooo ngan budak pompuan..
alahai nasib...
so, pada sape2 yang nak tunjuk skill, jangan tunjuk depan orang..
cari tempat yang ada privacy sikit..
nanti kalau jatuh..takde sape nak booo..
hahaha..pecah perut aku suka tadi:D

02 February 2009

KISAH SEORANG IBU TUNGGAL..

Kisah ni adalah tentang seorang ibu tunggal di sebuah kampung. Sebuah keluarga yang pada mulanya bahagia tetapi sekarang 'merana dalam diam'. Sebabnya..keluarga ni tak banyak duit, hidup pun menumpang kat rumah arwah mak and ada beberapa orang beberapa adik-beradik yang pentingkan diri sendiri dan mereka ni ada je benda yang mereka benci, menyampah kat ibu tunggal ni termasuklah anak-anak dia. Adik -beradik dia bila kat depan memang cukup baik, pijak semut pun tak mati tapi kat belakang..hanya Tuhan je yang tahu betapa 'teruknya' perangai mereka. Adik-beradik dia ni juga selalu sangat nak membangga diri..dapat menantu kayalah, anak dorang pandaila, boleh beli itu inilah, selalu boleh pergi bercutila. Tapi dorang tak tahu bila anak dorang buat hal, sape yang mula-mula dicari. Ada tu sampai anak sendiri cakap kalau boleh nak emak ngan ayah baru. Mengata orang pandai takkan nak jaga anak sendiri pun tak reti.Itulah manusia zaman sekarang.

Bila difikirkan, pelik betul perangai manusia jenis macam ni, dengan orang lain bukan main baik tapi dengan adik-beradik sendiri pun nak berdengki. Padahal dorang tahu yang ibu tunggal tu bukannya banyak harta sangat pun. Takkanlah menumpang hidup kat rumah ibu sendiri pun tak boleh. Tahulah dorang tu kaya, banyak duit tapi janganla nak berlagak sombong sangat. Macamlah harta tu boleh dibawa mati. Ibu tunggal tu tak pernah pun minta apa-apa pun ngan adik-beradik dia tapi seorang adik dia memang baik hati kerana selalu tolong dia walaupun ibu tunggal tu tak minta dan benda ni pun adik dia yang lain jadikan isu. Mengata tak habis-habis. Agaknya mereka ni dah buta agaknya.

Oleh sebab tak puas hati, adik-beradik ibu tunggal tu dorang sanggup cakap benda bukan-bukan tentang dia. Atau lebih senang nak paham, cakap-cakap belakang..mengumpat saudara sendiri ngan adik-beradik yang lain tapi akhirnya dapat tahu jugak kat family ibu tunggal tu tapi ibu tu selalu cakap kat anak dia supaya jangan ambil peduli. Biarlah mereka nak cakap apa pun..janji kita tak kacau hidup dorang. Masalah ni tak pernah sudah sampailah ke hari ini.

Bila dengar kisah macam ni, anda rasa bagaimanalah keluarga ibu tunggal tu boleh hidupkan. Yelah, selalu je ada masalah dengan adik-beradik yang langsung tak reti nak hormat orang, berlagak, tak tahu jaga perasaan orang. Cuba bayangkan kalau kita di tempat ibu tunggal tu. Lagi satu, kita ni janganlah jadi seperti kaca dan permata. Kaca tu memanglah nampak macam permata tapi kaca tetap kaca dan takkan berubah jadi permata. Kalau manusia pulak janganlah jadi hipokrit, plastik!! Kalau yang sembahyang buat benda macam ni baik tak payah sembahyang, yang tak pernah sembahyang tu sendiri pikirla. Kita hidup kat dunia ni bukannya lama sangat. Jangan ingat kita ni muda lagi, mati pun lambat lagi. Mana tahu kut2 kejap lagi sampai 'seru' kita mati.

So, kepada adik-beradik ibu tunggal tu and untuk semua orang yang rasa diri mereka itu banyaaaaak sangat harta, cuba jangan berlagak sangat sebab dah dikira tak syukur nikmat, kufur nikmat tu. Ingatlah yang semua itu hanyalah pinjaman dari-Nya sebab nak uji sejauh mana kuatnya iman kita. Allah kalau nak tarik nikmat tu bila-bila dia boleh tarik. Masa tu barulah yang berlagak tu tahu langit ni tinggi ke rendah..

Semoga kita tak termasuk dalam golongan yang tak reti bersyukur dan manusia yang rugi hendaknya.

"Janganlah engkau palingkan mukamu terhadap manusia kerana berlagak sombong serta jangan berjalan di muka bumi dengan bermegah. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiapa manusia yang sombong dan angkuh"
Surah Luqman : 18
Renung-renungkan.....

01 February 2009

arghhhhhhh!!!

adoiii..
susahnya nak mengedit blog ni..
nek pitam aku di buatnye..
edit..save..view..edit..copy..itu..ini...
ada tak sapa2 yang terror bab mengedit ni tulunla ajar budak yang baru belajar ni...
huuuuu~~~

sekian..terima kasih:(