02 February 2009

KISAH SEORANG IBU TUNGGAL..

Kisah ni adalah tentang seorang ibu tunggal di sebuah kampung. Sebuah keluarga yang pada mulanya bahagia tetapi sekarang 'merana dalam diam'. Sebabnya..keluarga ni tak banyak duit, hidup pun menumpang kat rumah arwah mak and ada beberapa orang beberapa adik-beradik yang pentingkan diri sendiri dan mereka ni ada je benda yang mereka benci, menyampah kat ibu tunggal ni termasuklah anak-anak dia. Adik -beradik dia bila kat depan memang cukup baik, pijak semut pun tak mati tapi kat belakang..hanya Tuhan je yang tahu betapa 'teruknya' perangai mereka. Adik-beradik dia ni juga selalu sangat nak membangga diri..dapat menantu kayalah, anak dorang pandaila, boleh beli itu inilah, selalu boleh pergi bercutila. Tapi dorang tak tahu bila anak dorang buat hal, sape yang mula-mula dicari. Ada tu sampai anak sendiri cakap kalau boleh nak emak ngan ayah baru. Mengata orang pandai takkan nak jaga anak sendiri pun tak reti.Itulah manusia zaman sekarang.

Bila difikirkan, pelik betul perangai manusia jenis macam ni, dengan orang lain bukan main baik tapi dengan adik-beradik sendiri pun nak berdengki. Padahal dorang tahu yang ibu tunggal tu bukannya banyak harta sangat pun. Takkanlah menumpang hidup kat rumah ibu sendiri pun tak boleh. Tahulah dorang tu kaya, banyak duit tapi janganla nak berlagak sombong sangat. Macamlah harta tu boleh dibawa mati. Ibu tunggal tu tak pernah pun minta apa-apa pun ngan adik-beradik dia tapi seorang adik dia memang baik hati kerana selalu tolong dia walaupun ibu tunggal tu tak minta dan benda ni pun adik dia yang lain jadikan isu. Mengata tak habis-habis. Agaknya mereka ni dah buta agaknya.

Oleh sebab tak puas hati, adik-beradik ibu tunggal tu dorang sanggup cakap benda bukan-bukan tentang dia. Atau lebih senang nak paham, cakap-cakap belakang..mengumpat saudara sendiri ngan adik-beradik yang lain tapi akhirnya dapat tahu jugak kat family ibu tunggal tu tapi ibu tu selalu cakap kat anak dia supaya jangan ambil peduli. Biarlah mereka nak cakap apa pun..janji kita tak kacau hidup dorang. Masalah ni tak pernah sudah sampailah ke hari ini.

Bila dengar kisah macam ni, anda rasa bagaimanalah keluarga ibu tunggal tu boleh hidupkan. Yelah, selalu je ada masalah dengan adik-beradik yang langsung tak reti nak hormat orang, berlagak, tak tahu jaga perasaan orang. Cuba bayangkan kalau kita di tempat ibu tunggal tu. Lagi satu, kita ni janganlah jadi seperti kaca dan permata. Kaca tu memanglah nampak macam permata tapi kaca tetap kaca dan takkan berubah jadi permata. Kalau manusia pulak janganlah jadi hipokrit, plastik!! Kalau yang sembahyang buat benda macam ni baik tak payah sembahyang, yang tak pernah sembahyang tu sendiri pikirla. Kita hidup kat dunia ni bukannya lama sangat. Jangan ingat kita ni muda lagi, mati pun lambat lagi. Mana tahu kut2 kejap lagi sampai 'seru' kita mati.

So, kepada adik-beradik ibu tunggal tu and untuk semua orang yang rasa diri mereka itu banyaaaaak sangat harta, cuba jangan berlagak sangat sebab dah dikira tak syukur nikmat, kufur nikmat tu. Ingatlah yang semua itu hanyalah pinjaman dari-Nya sebab nak uji sejauh mana kuatnya iman kita. Allah kalau nak tarik nikmat tu bila-bila dia boleh tarik. Masa tu barulah yang berlagak tu tahu langit ni tinggi ke rendah..

Semoga kita tak termasuk dalam golongan yang tak reti bersyukur dan manusia yang rugi hendaknya.

"Janganlah engkau palingkan mukamu terhadap manusia kerana berlagak sombong serta jangan berjalan di muka bumi dengan bermegah. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiapa manusia yang sombong dan angkuh"
Surah Luqman : 18
Renung-renungkan.....

0 Comments:

Post a Comment