15 February 2009

rimaslah...

Harini saya nak cakap tentang :

berleter..
ungkit-mengungkit..

satu..

kenapa ada sesetengah orang suka berleter??
best sangat ke berleter??
sape yang suka berleter ni??
perempuan atau lelaki??

Soalan tu, lu pikirla sendiri..tapi, orang yang suka membebel ni mesti ada sebab kenapa dia membebel. Maybe dia tengah marah, tak puas hati sebab tak ikut kehendak dia, atau lebih parah sebab dia memang suka membebel. Yelah, hajat nak jadi penceramah tak tercapai akalmu katakan. Selalunya, orang macam ni kalau tak membebel dalam sehari mesti tak sah, mulut tu rasa semacam je. Kata orang, kalau bab-bab membebel ni bidang kepakaran orang perempuan..betul ke?? Kadang-kadang tu orang lelaki pun suka membebel jugak tapi hanya segelintir sahaja.

Anda rasa ada tak sapa-sapa yang tak pernah kena bebel?? Tipulah kalau anda kata tak pernah kena bebel. Kalau tak kena bebel dengan mak bapak kena bebel dengan bos, kawan2. Bila kena bebel atau dileteri ni mesti kita rasa rimas..lemas..dan pedas. Rasa macam nak je gam mulut orang yang suka membebel ni. Daripada dia membebel baik dia mengajikan elok tu.. Berzikir ke..ni tak, silap sikit je nak membebel. Seorang kawan saya pernah bagitahu saya yang dia selalu kena bebel. Kadang-kadang dengan mak dia, kawan dia pun selalu membebel kat dia. Sebabnya, dia pun tak pasti. Yelah, kalau kena bebel time silap buat keje takpelah jugak..ni keje dah betul pun nak bagi 'lecture' jugak. Padahal nak marah kat orang lain tapi kita pulak jadi mangsa. Tak patut betul.

Bagi mak bapak yang tugas hariannya temasuklah membebel, control-controlla sikit. Bukan apa, takut nanti anak jadi kurang ajar sebab tension hari-hari kena bebel. Anak baik sekalipun tapi kalu dah tak tahan pun boleh jadi biadap. Sapa yang susah nanti? mereka dan keluarga mereka jugak yang susah. Lagi satu, saya pernah terbaca di surat khabar yang ibu bapa yang suka membebel ni hubungan dalam keluarga mereka tak berapa 'happening'. Bagi mereka mungkin itu salah satu cara untuk mendidik anak tapi kalau cakap elok-elokkan lagi molek, masalah pun cepat selesai dan yang paling penting ianya tak menyusahkan orang lain.

................................................

psSstt..kadang-kadang saya pun kena bebel jugak tapi buat dont know je..pekakkan telinga

dua...

kisah yang kedua ni pun semua orang mungkin pernah alaminya. Acara ungkit-mengungkit, bukan jangkit-menjangkit. Benda ni pun selalu terjadi dalam hidup kita sama ada kita sedar atatupun tidak. Tapi, untuk pengetahuan semua orang..mengungkit ni tak baik tau coz boleh menghapuskan pahala pemberian kita tu. Buktinya, Allah berfirman :

‘Orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti hati (perasaan penerimanya), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih’.

Surah al-Baqarah : 262

'Wahai orang yang beriman, janganlah kamu membatalkan (pahala) sedekahmu itu dengan mengungkit-ngungkit dan menyakitkan hati (penerimanya)'

Surah al-Baqarah : 264

So, ini bermakna yang Allah pun tak suka kita mengungkit-ngungkit kebajikan yang kita dah buat. Yelah, benda macam ni nampak sangat yang kita buat amal tak berapa ikhlas. Elok-elok dapat pahala, sekelip mata je boleh hilang. Kisah yang ni pun kawan saya pernah alami. Biar saya namakan kawan saya tu Mr.M. Mr.M ni dia tinggal di Johor dan sekarang ni sedang belajar di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor. Kisahnya begini, Mr.M ni ada seorang kawan yang memang baik orangnya sebab selalu tolong Mr.M time dia susah. Suatu hari Mr.M dapat mesej dari kawan baik dia tu. Buka je mesej jantung Mr.M berdegup kencang. MasyaAllah, dia beristighfar. Mesej yang dia dapat tu memang dahsyat. Kawan baik dia menyumpah dia sebab something (rasanya tak payah tahulah ye..) yang Mr.M dah buat. Bukan setakat menyumpah, tapi segala kebaikan dan pertolongan yang dia buat untuk Mr.M habis diungkitnya. Adalah jugak dalam 5,6 mesej budak tu hantar kat dia. Menggeletar dia baca mesej yang kawan dia hantar tu, nak menangis pun ada jugak. Kesalahan yang Mr.M buat tidaklah seteruk kata-kata maki yang dia dapat. Akibatnya, mereka tak bertegur sapa kira-kira tiga minggu je. Tapi sekarang dorang dah jadi kawan balik. Begitulah kisahnya...

So, pada mereka-mereka yang yang selalu buat amal, janganlah kita mengungkit segala perkara yang kita pernah buat pada seseorang. Jangan kerana marah, habis kita maki hamun kawan kita sendiri, ungkit-mengungkit atau yang teruknya putus kawan. Nauzubillah... Sedangkan Nabi sendiri pun ampunkan umatnya, inikan pulak kita. Nabi Muhammad pernah bersabda :

‘Tiga orang yang Allah tidak (mengajak) bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan melihat mereka dan tidak pula menyucikan dan mereka tetap mendapat seksa yang pedih’. Rasulullah mengulangi ucapan itu sampai tiga kali lalu disambut Abu Zar; ‘Betapa kecewa dan ruginya mereka. Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?’ Jawab baginda; ‘Orang yang melabuhkan kainnya sampai di bawah buku lali (bermaksud bersikap sombong); orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang menjual barang perniagaannya dengan sumpah palsu’.


Selain dimurkai Allah, sifat memuji-muji diri sebenarnya lebih cenderung meruntuhkan martabat individu itu sendiri pada pandangan orang lain sebenarnya. Elok-elok orang suka kat kita tapi lepas tahu kita suka mengungkit mesti dorang jauhkan diri. Sifat memuji diri sendiri serta berbangga diri ini juga lama kelamaan akan menyemai rasa sombong di hati manusia. Sebabnya kerana menganggap orang lain lebih lemah dan tidak setaraf dengan kedudukannya. Lantaran itu, sifat memuji diri sendiri harus dijauhi kerana ia akan menimbulkan kesan negatif bukan saja di kalangan individu, malah anggota masyarakat lainnya.

........................................................................


‘Apabila perasaan bangga diri meresap ke dalam pemikiran seseorang sama ada orang biasa atau terkenal, kebijaksanaannya akan hilang pada kadar yang sama’ - Imam Ghazali

0 Comments:

Post a Comment