20 June 2009

SELAMAT HARI BAPA..ayahku


abah..dadDy..papa..abi..ayah..
satu ayat yang berbeza tapi tersirat satu definisi yang sama..
semua dari kita bermula dari seorang lelaki bergelar ayah..
tanpanya, dunia takkan dapat kita fahami ertinya.

Seperti yang lain, aku juga mempunyai seorang ayah yang amat ku kasihi. Seorang ayah yang pernah hidup bersama dalam sebuah keluarga, riang bersama dan sedih bersama. Tapi keriangan itu hanyalah sementara sahaja kerana diragut satu dugaan yang begitu besar dalam hidupku. Dugaan yang tidak pernah kujangka atau ku impikan hilang dalam sekelip mata. Masih ku ingat ketika itu kami baru sahaja berpindah ke Kelantan, kampung halaman ibu dan ayahku. Di awal perpindahan kami, semuanya begitu indah. Dapat berjumpa datuk dan nenekku, sepupuku dan yang paling penting aku dapat berjumpa dengan kawan baru kerana aku telah bertukar di sekolah baru yang terletak bersebelahan rumahku. Ayahku pula telah mengambil keputusan untuk membuka sebuah kedai makan. Setelah beberapa bulan, satu kejadian yang tidak aku duga menimpaku. Semuanya tanpa dirancang. Ibu dan bapaku mengambil satu keputusan yang bakal merubah kehidupan kami sekeluarga dan pastinya perjalanan masa depanku.

.....PERPISAHAN.....

Satu ayat yang benar-benar menguji ketabahanku dan terlalu sukar untuk diungkapkan. Di awal perpisahan mereka aku sering tertanya-tanya kenapa semua ini harus terjadi?? Kamus hatiku mencari suratan segalanya namun sukar untuk diungkapkan. Ku terus mencari makna kehidupan yang harus ku tempuhi ini..kenapa kami..kenapa bukan orang lain. Tapi kini baru ku fahami segalanya. Inilah ujian, ujian kehidupan yang Allah berikan kepada kami, ujian yang menguji tahap keimanan, ketabahan dan kesabaran kami dalam bermusafir di buminya. Kini kami semua sudah terlalu mengerti akan kehidupan ini.

Aku masih ingat sewaktu kami masih bersama di rumah lama kami di Selangor. Walaupun rumah kami tidaklah sebesar mana tapi kami dapat hidup dengan harmoni. Aku masih ingat ayahku sering membelikan kami sekeluarga ABC selepas kepulangannya dari tempat kerja. Ketika aku masih kecil, ayahku sering membawaku berjalan-jalan dan gambar kenangan itu masih ku tatap hingga ke hari ini. Seperti baru semalam aku bersamanya. Kadang-kala bila ku terlihat wajah M.Nasir yang mirip muka ayahku, aku tersenyum keseorangan kerana mereka mempunyai misai yang sama..tapi aku hanya mampu mengukir senyuman, menahan hiba di hati. Andai dapat ku undur waktu ingin sekali aku kembali ke masa lalu mengubah segalanya. Namun, itu semua hanyalah sebuah khayalan yang sudah pasti tidak dapat menjadi sebuah kenyataan.

Melihat sebuah keluarga yang yang begitu bahagia, hatiku tersentuh lagi. Alangkah indahya jika dapat bersama seorang lelaki yang digelar ayah. Ku hanya mampu melihat kerenah mereka sambil membayangkan ayahku berada di sisiku. Hatiku menangis hiba, fikiranku meniti jambatan kemesraan kami sewaktu dulu. Sungguh aku impikan keriangan yang telah hilang itu. Sepanjang kami pernah bersama, ayah tak pernah memukulku. Buktinya ialah ketika aku menyebabkan jam kesayangannya hilang tapi ayah hanya memarahiku walaupun dia menggertak akan memukulku sekiranya aku tidak ketemu jam yang aku hilangkan.

Tapi itu semua hanyalah sejarah nota kehidupan kami sekeluarga. Walaupun tidak tinggal bersama, kami masih berjumpa sekali-sekali. Riak mukanya begitu tenang tapi ku tahu jauh di sudut hatinya ingin sekali dia kembali bersama keluarga yang pernah disayanginya. Kembali bersama....ayat yang terlalu sukar untuk dijadikan kenyataan. Akhir kata, di saat nadi ayahku masih berdenyut ingin aku mengambil kesempatan ini untuk ku sampaikan ucapan SELAMAT HARI BAPA buat ayahku. Semoga hari-hari mendatang dalam hidupnya penuh kegembiraan bersama keluarga barunya dan semoga Allah merahmatimu selalu. Kepada mereka yang masih "bersama" seorang ayah, hargailah segalanya sebelum terlambat..

Sekian...

Dengan ingatan tulus ikhlas buat ayahku, WAN ZAINUDIN BIN WAN HASSAN...
daripada, anakmu..WAN MOHD AZIZUL BIN WAN ZAINUDIN

..KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA..

..KASIH BAPA SEPANJANG MASA..

17 June 2009

SAD vs GOOD

Akhirnya.....after long time...
hmmm..rindu betul kat blog aku ni..
so, meh baca cerita terbaru aku ni haa..

Aku dah menghabiskan study kat Uitm dengan begitu berjayanya sekali on 3rd May 2009...walaupun kelambatan sikit. Tapi takpe, janji habis jugak. Bila dah habis study, aku nak keje dulu. Tak macam orang lain sibuk nak sambung study, aku pulak sibuk nak cari keje. Yelah, rasa nak rehatkan otak dulu orang cakap..haha.. So, macam-macam kerjalah yang aku mintak tapi entah dapat ke tidak wallahualam. Sementara menunggu jawapan dapat kerja yang tak tahu tahun bila boleh dapat tu aku plan nak keje part time dulu. Tak nak membazir masala konon-kononnya. Dengan penuh bersemangat aku pun carila keje kat KB Mall, mane tahu ada. Alhamdulillah, ada kedai kat situ nak guna pekerja and aku terus dapat keje kat situ as a part time worker. Sukanya jangan main lagi. Tak suka apenye sebab before this aku tak pernah keje. Dek kerana suka dapat keje tu, aku sanggup beli baju baru tau tak!! (pekerja baru kena pakai baju putih dulu coz company akan bagi uniform)....satu KB aku pusing baru jumpa baju yang betul-betul berkenan. Selamat ada sale sekarang, bolehla aku beli baju tu coz kalau tak..hmmm..kempunanla jawabnya...

Bak kata pepatah melayu..ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan, ribut petir, puting beliung di tengah hari..keje yang diharap dapat kekal lama tak kesampaian. Aku keje sampai seminggu je. Yelah, hari-hari balik keje tension, mana tahannn. Sebab ketensionan tu, manager aku yang gila kuasa. Pangkat store manager je tapi berlagak macam kedai tu bapak dia yang punya (istilah paling sesuai untuk orang macam tu). Iyelah, dah nama pekerja baru mestilah banyak yang tak berapa faham and mistakes tu tak payah nak cakapla. Tapi manager aku tu jenis yang tak paham orang atau digelar manusia takde perasaan oleh staff kat situ. Ada ke patut dia nak suruh aku paham terus yang dia ajar, apa dia ingat aku ni komputer. Maka disitulah segala-galanya bermula. Salah sikit habis kena tembak..mula-mula tembak guna pistol air, then guna senapang, then guna mechine gun, then guna bom atom and last sekali guna bom nuklear and akibatnya dia jugak yang susah. Im quit!!! Biar dia rasa keje tak cukup staff macam mane.

Bab berhenti keje ni bukan aku je tapi dah ramai yang berhenti sebelum ni, atas alasan yang sama...tak tahan. Macam mana nak tahan, hari-hari kena marah. Kalau marah dalam bilik takpelah jugak tapi ni tak, depan customer pun dia marah. Satu mall boleh dengar. Time tu Tuhan je yang tahu apa aku rasa. Rasa macam nak je aku tampar guna keyboard komputer!! geram betul!! Semua nak kena ikut cakap dia, cakap orang ni semua tak betul, tak boleh pakai. Lepas tu dahla nak rehat kejap pun tak boleh. Kalau dia nampak duk relax je, terus kena laser..zass..zass.. Pastu, "saya tak nak pekerja saya lembab"..ceh.. Apa dia ingat pekerja dia ni robot ke nak suruh buat keje non-stop. Time takde customer lainla, tapi ni takde kerja pun kena buat ada kerja. Kata manager tu, "saya tak suka pekerja saya buang masa". Lagi satu, yang tak bestnya bila kena jadi cashier. Kejap-kejap kira duit, kejap-kejap kira duit. Bila duit tak cukup kena ganti guna duit sendiri. Kalau setakat 10 sen ke, 20 sen ke bolehla dibayar tapi kalau kena 20, 30 ringgit takke membazir duit sendiri namanya tu. Kita manalah nak tahu duit tu tak cukup.

Bukan setakat kitorang je yang dia suruh buat keje, security guard yang jaga pintu tu pun kena jugak. Takde otak ke ape, last2 dia jugak yang kena sound ngan bos guard tu. Bukan tu je, promoter kosmetik yang kat situ pun kena jugak. Tak tahu cerita tapi memandai nak sound orang and last-last dia jugak yang kena balik lagi. Yelah, dah bos promoter tu suruh dia mekup kat situ, suka hati diala. Orang jual kosmetik mestilah nampak cantik, barula orang nak beli. Tapikan aku rasa manager tu jelesla. Tak jeles apanya, orang cantik dari dia...hahaha.... Manager tu pun jenis susah nak puji staff sendiri, marah je hari-hari adala. Tapi aku pernah kena puji ngan dia.....katanya......."hmmm..saya suka tulisan macam ni. Kemas..."...huh???kalau setakat tulisan, staff lain pun cantik jugak. Pujila benda lain.

Tapi sekarang, aku dah tak payah nak mengadap muka dia or dengar ceramah dari dia lagi sebab aku dah dapat kerja baru yang lagi best dari kerja kat situ. Gaji pun ok..berbaloi-baloi..tapi hopefully kekal sampai akhir bulan and moga tak jumpa lagi manusia yang gila kuasa tu. Moga-moga hajat aku nak guna gaji kerja baru tu as budget raya kesampaian hendaknya..aminn..haha.. Akhir kalam (cam tulis surat pulak..hihi) semoga cerita ni menjadi iktibar dan tauladan kepada kita semua dalam menjalani hidup sebagai pekerja. Kepada anda-anda yang bergelar pekerja, selamat bekerja dengan jayanya. Kalau kena marah, sabar dan tabahkan hati..semoga berjaya....selamaaaaattttt:)