10 March 2009

KAWAN SAYA : EPISOD DUA

"surprise..surprise!! starting today, saya nak citer tentang kawan2 saya yang dah lama tak jumpa. Lebih kurang nak lepas rindulah ni..hehe..macam-macam saya nak cerita tentang diorang..macam kami berjumpa..bila kami jumpa..macam mana boleh jadi kawan and banyak lagi..so, selamat berkenalan dengan kawan-kawan saya


1. MOHD HANIF BIN AHMAD SOFIAN
a.k.a mr.hanh, hanf, hahieyf, hanieyzah..

Mamat ni mula-mula saya jumpa time minggu mesra siswa UiTM, jumpa kat dalam dewan aspirasi and malam tu ada ceramah agama. Malam tu siswa+siswi kenalah berpakaian yang sopan and mr.hanh ni pakai baju melayu warna purple and siap berkopiah lagi. Kami duduk tak tahu di baris yang ke berapa but hanf duduk kat tepi sekali tapi bukan tepi dinding. Sedang penceramah bercakap kat depan, si hanf ni sibuk duk main henset 3310 dia yang kale hijau muda pudar, mesej kat sape tak tak tahula tu. Mesej punya mesej punya mesej, last sekali saya tengok dia tertidur..haaa..abisla ko kalau o.c nampak.. Tekaan saya memang betul, o.c nampak dia tidur, tapi saya buat donno je..konon2 khusyuk mendengar ceramah katakan..hihi..tapi o.c tu wat penat je gerak dia bangun, lepas tu dia tidur balik..dan saya terus dengan kekhusyukan saya mendengar ceramah dalam kesejukan macam duk dalam peti sejuk kat dalam dewan tu...

Lepas je habis MMS barulah saya tahu yang saya ni sekelas dengan dia rupanya. Mula2 jumpa tu masing-masing sengih-menyengih je tapi one day lepas habis kelas (time tu kelas dah start but kelas apa pun saya dah tak pasti) saya rasa macam nak kawan ngan dia. Maka bermulalah cerita berkawan saya ni. Time tu dia tengah jalan dengan azy and lin nak pegi koperasi and dia nampak saya and ajak saya pegi sekali. Kat koop tu saya rasa macam nak belanja dorang ais-krimlah, so saya pun belilah ais-krim coklat yang harga 80 sen. Satu sorang saya beli tapi bila nak bagi..aikkk??mana pulak dorang pergi ni..takpelah, dorang ada kat luar kut tapi takde jugak. Biarlah, baik aku makan dulu, nanti cair pulak and saya makan kat pondok yang dekat dengan mesin ATM. Tengah duk sedap mengadap ais-krim tiba-tiba saya nampak dorang kat ATM. Saya senyum and dorang datang kat tempat saya.

'Haiii..sorang2 je..'
'Taklah..ramai ni' saya berseloroh.

Tanpa membuang masa..

'Nah, ais-krim..amiklah..'
'Wahhh..ais-krim, bestnya'

Kami pun makan ais-krim tu sama-sama sambil kenal-mengenali satu sama lain. Bermula saat tu, kami pun jadi kawan sampaila habis belajar. Nak tahu lagi pasal hanf..

>> setiap sem tukar telefon. dari nokia 3310, tukar ke sony ericson, tukar sony lagi+nokia biasa yang ada lampu suluh, pastu pakai N82+nokia PDa (tak tahu pulak dari jenis apa coz bab2 telefon ni saya tak pakar sangat)..and sekarang apa brand apa tak tahu coz lama tak jumpa

>> gila komputer..sanggup perabis duit untuk beli barang komputer dia..beli motherboardla..monitor LCd yng sama besar ngan tv..kalau dikira harga komputer dia tu rasanya boleh sampai RM2000/RM3000!! tapi sekarang komputer kesayangan yang dinamakan 'HELENA' tu dah kena jual..

>> bapak dia ni tauke kain tudung and kain songket kat pasar MPKB

>>selalu sakit hati ngan dia..why?? adelah..mane boleh tahu. pernah sekali tu time lepas raya saya dah janji nak tumpang kereta dia balik kampus tapi boleh pulak dia tak ingat. masa tu hanya Tuhan je yang tahu sakitnya hati sayaaa, rasa macam nak je sepak terajang dia tu tapi selamat tiket bas ada lagi, kalau takkk.. Bila dah sampai kampus, saya tak tegur dia, padan muka!! tapi kejap je, lepas tu baik balik

>> masalah dengan komputer?? mamat ni semua dia tahu..tanya je apa pasal komputer kat dia, kompem boleh jawab dengan jayanya..

>> sometimes, saya jadi image consultant dia..jadi pengkritik image dia..and tolong ikatkan tie untuk dia..huhhh..tak pandai ikat tie?? macam budak sekolah je:D

>> selalu get better marks than me..jeles aku;(

>> seorang yang agak funny..friendly..

>> STATUS :
NOT AVAILABLE!!
SOLD OUT!!

nilah rupa mr.hanh........2. amacam?? anda rasa dari jenis jambu apa mamat ni..lips tu dia pakai gloss ke?? kwang..kwang..kwang..

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    SAJAK BUAT SAHABAT SILAM

    Sahabat silamku,

    Bukan niat dihati untuk meninggalkanmu
    Apatah lagi memusuhimu
    Aku kini bukan aku yang dulu
    Aku kini aku yang baru
    Telah aku cuba untuk terangkan segalanya
    Namun engkau sukar untuk memahami
    Bukan salahku
    Bukan salahmu

    Sahabat silamku,

    Ingin aku luahkan
    Betapa aku dambakan engkau bersamaku
    Berjalan di atas landasan yang sama
    Menuju mencari redhaNya
    Agar dunia mampu kita genggam
    Agar ada mahligai syurga yang tersergam

    Sahabat silamku,

    Maafkan aku
    Bukan niat untuk aku lari darimu
    Bukan ingin memutuskan hubungan denganmu
    Aku takut aku futur
    Bukan kerana engkau yang kuat
    Tetapi kerana aku yang lemah

    Sahabat silamku,

    KepadaNya aku serahkan segala
    Dirimu jua diriku
    Aku berdoa agar hubungan kita diredhaiNya
    Marilah kita sama-sama berusaha
    Meninggalkan segala jahilliyyah yang ada

Post a Comment