14 March 2009

SEHARI DI TESCO..

Hari jumaat lepas sembahyang jumaat haritu saya pergi Kota Bharu sebab nak beli barang hadiah anak jiran saya nak kawin and saya dah plan ngan mak saya nak bagi hadiah lain dari yang lain. Yelah, selalunya bila orang kawinkan kita bagi cawan, sudu, kipas, toto, rice cooker and macam-macamlah tapi this time saya tak nak bagi hadiah rupa itu tapi nak bagi benda yang boleh mengenyangkan, saya nak bagi puding roti bakar spesel from me..hehe..nama lagi spesel, so kenalah wat elok-elok.

Mula-mula saya ingat nak pegi KB Mall tapi bila pikir2 balik..hmmm..tak jadilah, nak try shopping kat TESCOlah pulak. Banyak sikit choice barang kat situ. Lagipun saya tak pernah pergi lagi tempat tu walaupun dah lama siap. Bila sampai kat situ saya pusing2 dulu sebab nak tengok apa yang ada kat situ..dah letih pusing saya terus ke tempat barang-barang makanan..waaaaahhhh..besar dan luasnya..bestnya.. Tanpa melengah-lengahkan masa terus saya amik bakul and mula mencari barang yang saya nak. Baru je amik 2,3 barang mata saya ternampak satu benda yang membuatkan saya begitu dan amat teruja.. Barang yang diimpikan selama ini di depan mataku..saya tersenyum sendirian. 'Nak beli ke tak nak ni ek??' saya bermonolog. 'Hmmm..tanya mama dululah.. Nombor telefon yang tertera nama luvlybunda saya dail..dengan menggunakan loghat negeriku...lalu..

Saya : 'Assalamualaikum..ma, ore(ganti diri namaku kat umah) jupo satu bendo nih'
Ma : 'Mu jupo gapo pulok??'
Saya : 'Ore jupo bekas cupcake. Nak beli ma, boleh??'

Ma : 'Hmm..berapo hargo?'

Saya : 'Harga ............. (rahsia)'
Ma : 'Suko ati mulah'

Saya : 'Ok, tima kacih..'

Hehe..tulah benda yang saya nampak. Lantas terus saya amik bekas cupcake tu lepas mak saya dah bagi lampu hijau. Gumbiranya hatiku. Pusing punya pusing rasa beratlah bakul ni, tukar amik trolilah boleh muat banyak sikit. Tak sangka pulak boleh jadi banyak macam ni pulak. Lepas kira-kira dekat ngan sejam duk berpusing kat situ saya berhenti rehat kejap..adoiii, penat betul. Time berehat-rehat tu saya pandang barang2 yang ada dalam troli. Hmm..banyaknya barang aku amik, tak over budget ke ni?? Cek duit dululah, nanti tak cukup nahas aku. Kira-kira duit, selamat..duit terlebih cukup. Nak tambah lagi pun boleh.. hehe..

Kalau ikutkan hati, banyak lagi barang yang saya nak beli tapi bila mengenangkan tu duit mamaku and kaki pun dah terasa lenguh..terus cepat2 saya tolak troli ke kaunter bayaran. Lagi lama duk kat situ takut sume barang yang saya berkenan saya amik. Orang kat kaunter tak ramai sangat jadi taklah kena beratur panjang. 'Semua RM.... encik..' Huuu..banyak gak aku shopping ni..takpelah, bukannya selalu pun. Hopefully mama 'suka' barang yang aku beli ni. Yelah, dia yang suruh pergi sorang-sorang jadi kenalah tabah dan kuatkan hati tengok barang yang saya dah beli dengan jayanya. Betul tekaan saya, mama sukalah..bahkan suruh beli lagi..huhuuuu~~

Nak tahu barang apa saya beli...

acuan cupcake
acuan mini cupcake
loyang kek yang boleh tanggal tapak
paper cup
paper alas kek
kismis hitam
jelly for fahim
buttercup
fresh milk
strawberi
anggur
epal
bunga kek
roti
badam cincang
ambi pure refreshner
fabreze
Loreal for men (saya punya ni)
lip balm (for my sis)
Vick vapourub
toilet refreshner
plastic wrap
chocolate finger

haa..tulah barang-barang yang saya beli. Sikit jekan:) Minggu depan saya nak pergi KB Mall pulak, nak beli barang saya and nak servey kedai cermin mata yang ada sale coz dah lama saya tak pakai cermin mata. Mata ni kadang-kadang rasa lain macam je..

0 Comments:

Post a Comment