01 March 2009

SEDARLAH..

Hari ini saya rasa nak discuss tentang masalah negara pulak yang saya rasa dah macam tak betul, kucar-kacir, tunggang-langgang..yang dari sehari ke sehari macam takde solution. Saya tulis topik ni pun bukan sebab saya sokong mana-mana parti tapi saya rasa terpanggil kerana saya juga akan menjadi pengundi pada pilihan raya akan datang. Jadi, tidak ada masalah rasanya jika saya berkongsi pendapatkan kerana sometimes saya rasa tak tahu nak undi yang mana satu.

Al-kisahnya adalah tentang pemimipin dari parti politik yang ada kat Malaysia ni. Macam-macam parti dengan berjuta ragam pemimpinnya. Dari pemimpin peringkat bawahan sampailah ke peringkat atasan. Kisah benar mereka ni boleh tengok kat RTM, siaran langsung perbahasan kat parlimen atau ulangan lepas berita dunia . Time tu anda tanyalah diri sendiri betul ke pemimpin kat Malaysia macam ni??bersikap dan bercakap sebegitu rupa..

Saya sendiri kadang-kadang rasa macam tak sanggup nak tengok ahli parlimen kita berbahas. Yelah, cuba bayangkan seorang yang dianggap pemimpin, belajar tinggi-tinggi, ada pangkat Dato'..Dato' Sri..Tan Sri..Dr..Profesor mengeluarkan perkataan kesat seperti babi, celaka, caci-mencaci, hina-menghina?? Apa mereka ingat parlimen tu kedai kopi yang boleh nak cakap pasal apa pun. Ingatlah sikit, seorang pemimpin yang berpendidikan haruslah tahu bagaimana nak 'bercakap'. Janganlah main hentam saja. Jangan ingat mereka tu dah bagus sangat sebab boleh berhujah di parlimen, they can said anything..helloooooo..sedarlah diri tu sikit. Belajar tinggi-tinggi konon, tapi tak reti nak guna bahasa yang setaraf dengan taraf mereka tu atau dalam bahasa yang sedikit kasar, 'otak letak kat lutut ke". Itulah sifat pemimpin kita yang mungkin sesetengah daripada kita tak sedar.

Seterusnya , relevankah kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita" yang ada kat Malaysia ni?? Kenapa perlu ada kempen sebegini sedangkan pemimpin kita sendiri pun tak pandai nak menghayatinya. Atau kementerian memang mengkhususkan kempen ni just semata-mata untuk rakyat sahaja, bukan untuk golongan pemimpin?? Inilah salah satu perkara terbesar yang terjadi pada masyarakat kita pada hari ini. Seorang pemimpin seharusnya peka tentang perkara-perkara sebegini kerana mereka adalah role model bagi masyarakat janganlah status yang ada itu disia-siakan dengan perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat seperti bertelagah sesama pemimpin. Seandainya masalah ini terjadi, lebih baik jangan jadi pemimpin kerana pemimpin seperti wakil rakyat ini sepatutnya menjaga kredibiliti atau profesionalisme mereka as a leader dan mengutamakan rakyat yang mengundi mereka, bukan mengutamakan diri atau parti masing-masing. Ini kerana, tanpa sokongan rakyat sesuatu parti politik takkan hidup dan bertahan.

Itu mengenai budaya percakapan, seterusnya masalah semasa pilihanraya pulak. Tak kiralah pilihanraya besar atau kecil perkara-perkara ini mesti dan akan terjadi sama ada sedar atau pun tidak. Saya pun hairan, kenapa waktu sebegini baru nak turun padang nak jumpa rakyat, nak tolong rakyat, nak bagi bantuan tu, bantuan ni sedangkan sebelum pilihan raya susah sangat mereka nak turun padang. Kalau ada pun setakat menghantar wakil. Time ni jugak ramaila ahli politik yang sibuk buat ceramah situ sini semata-mata untuk meraih undi. Masa ni jugak kita boleh lihat dan dengar cara mereka berucap. Ada yang berkobar-kobar berucap sampai apa yang mereka cakapkan tu bila difikirkan macam tak berapa nak betul, seperti ditokok tambah. Ada tu yang terlebih-lebih sampai sanggup mengata yang bukan-bukan tentang parti lawan masing-masing. Selain tu, ada juga ahli politik yang bukan bercakap besar tapi terlampau besar tapi bila dah kalah baru tahu malu. Apa kejadahnya cakap besar ni, takde faedahnya. Kalau diperhatikan, pada masa ni jugaklah banyak projek pembangunan yang berharga jutaan ringgit dijadikan taruhan, pelbagai janji disemai di hati rakyat. Andai rakyat undi mereka dapat projek tu, dapat projek ni, lulus itu, lulus ini. Kenapa sekarang baru nak bagi, apa sebelum ni tak boleh bagi? Seharusnya, bagi mereka yang bergelar pemimpin ni, bukan masa nak mengundi baru kita nak tolong rakyat tapi anytime. Sudah menjadi lumrah seorang pemimpin sentiasa sibuk. Kalau tak sibuk tu bukan wakil rakyat namanya.

Selepas pilihanraya dah habis, bagi yang menang jalankanlah tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bagi yang kalah, terima ajelah. Kenapa nak tak habis-habis nak memburukkan parti yang menang. Itu pilihan yang ditentukan rakyat, rakyat yang berkuasa memilih kerana kuasa memilih di tangan mereka bukan ahli politik. Bila dah bertukar kuasa, biarlah mereka meneraju sesebuah negara/negeri dengan cara mereka sendiri. Hal ini kerana, mereka takkan menang kalau tiada kepercayaan rakyat. Begitu juga dengan jatuh bangunnya sesebuah parti atau negara. Seperti yang kita lihat sekarang ni, kenapa ahli politik kita asyik bertelagah. Itu kerana tiada kesepakatan kerana mereka hanya berkepentingan politik untuk menguasai sesuatu kawasan semata-mata dan akibatnya rakyat yang menjadi mangsa. Pemimpin ni juga janganlah sewenang-wenangya mempercayai khabar2 angin yang bertiup di telinga mereka tanpa siasat terlebih dahulu. Bila dah ada bukti kukuh, barulah ambil tindakan kerana kita tak nak kerana bunyi guruh di langit habis air setempayan kita curahkan. Nanti siapa juga yang rugi, tepuk dada tanya hati. Bila rakyat selalu adakan demonstrasi sesetengah orang cakap mereka terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang sedangkan perkara tersebut kadang-kala berlaku kerana rakyat berasa diri mereka teraniaya, rasa tertindas, tertipu. Mengapa sudah 50 tahun kita merdeka tetapi perkara sebegini rupa masih ada pada pemimpin kita, cuba kita fikirkan. Apa yang pemimpin kita nak tunjukkan. Apa kita semua nak pisang berbuah dua kali?? Janganlah nanti sudah terhantuk baru nak tergadah, bila perkara yang buruk terjadi baru nak mengeluh resah.

Sebagai seorang generasi muda saya berpendapat perkara sebegini takkan terjadi sekiranya wujud kesepakatan dalam diri seorang yang bergelar pemimpin. Tugas bekhidmat untuk rakyat dan negara yang terpikul di bahu haruslah dibuat dengan sejujurnya, seikhlas yang mungkin. Jangan kerana kepincangan yang ada tak kira dari mana-mana parti kita kita jadikan isu, jadikan umpan untuk jatuhkan parti lawan. Ahli politik atau pemimpin tu juga seorang manusia, seorang manusia yang tak boleh lari dari membuat kesilapan kerana kita semua tidak sempurna kecuali DIA. Apa yang boleh saya katakan di sini, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak guna kita berkempen, duk canang kebaikan parti masing-masing bagai nak rak situ sini tapi bila dah menang lain pula jadinya. Cuba kita ambil iktibar dari negara-negara yang berperang hanya di sebabkan oleh kepentingan politik. Apa kita nak negara kita yang selama ini aman berperang sana-sini?? Oleh itu, pada para pemimpin..sudah-sudahla tu..

4 Comments:

  1. Anonymous said...
    Sgala yang ada dalam hidupku
    Kusadari semua milikMu
    Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

    Tunjukkan aku jalan lurusMu
    Untuk menggapai SurgaMu
    Terangiku dalam setiap langkah hidupku

    Karena Kutahu
    Hanya Kau Tuhanku

    Allahu Akbar
    Allah Maha Besar
    Ku memujaMu di setiap waktu

    Hanyalah padaMu
    Tempatku berteduh
    Memohon ridho dan ampunanMu
    Tunjukkan aku jalan lurusMu
    Untuk menggapai SurgaMu
    Terangiku dalam setiap langkah hidupku

    Karena kutahu
    Hanya Kau Tuhanku

    Allahu Akbar
    Allah Maha Besar
    Ku memujaMu di setiap waktu

    Hanyalah padaMu
    Tempatku berteduh
    Memohon ridho dan ampunanMu
    Khairul Anam said...
    Andai kutahu kapan tiba ajalku
    Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
    Andai kutahu kapan tiba masaku
    Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku
    Aku takut akan semua dosa2ku
    Aku takut dosa yang terus membayangiku

    Andaiku tahu malaikat Mu kan menjemput ku
    Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
    Aku takut akan semua dosa2 ku
    Aku takut dosa yang terus membayangiku
    Ampuni aku dari segala dosa2 ku
    Ampuni aku mennagis ku bertaubat pada Mu

    Aku manusia
    Yang takut neraka
    Namun aku juga tak pantas di surga
    Andai ku tahu kapan tiba ajalku
    Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu

    Aku takut akan semua dosa2 ku
    Aku takut dosa yang terus membayangiku
    Ampuni aku dari segala dosa2ku
    Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu
    Khairul Anam said...
    Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk.

    1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
    2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.
    3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
    4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
    5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
    6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.
    7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.
    8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
    9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
    10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
    11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
    12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
    13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
    14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
    15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.
    16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
    17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
    Khairul Anam said...
    ( Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

    1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
    2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

    3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
    4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga
    5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
    Dalam sembahyang - 100 kebajikan
    Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
    Tanpa wudhuk - 10 kebajikan
    6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
    7.Untuk selamat daripada api neraka
    8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
    9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
    10.Pembaca akan memperolehi keamanan
    11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
    12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.

    Wassalam.

Post a Comment